RINGKASAN LAPORAN:

 

Kursus Budaya Korporat yang bertema “Ke arah Perkhidmatan Yang Cemerlang” telah diadakan pada 27.08.2020 (Khamis) bertempat di Auditorium, PPKK & ILKKM (P) Georgetown Pulau Pinang. 

Budaya Korporat merupakan satu pembentukan amalan dan perlakuan yang berasaskan kepada        nilai-nilai bermakna dan komited terhadap objektif kementerian.Warga anggota Kementerian Kesihatan Malaysia diamanahkan untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terbaik kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama dan budaya hidup seseorang itu. Amanah ini hendaklah dilaksanakan dengan rela hati dan penuh rasa tanggungjawab. Melalui usaha gigih kita, penghayatan dan pengamalan nilai-nilai tersebut mampu membantu meningkatkan mutu perkhidmatan bertaraf dunia dan menjadi penentu kejayaan dalam budaya korporat ini.

Ke Atas
Pusat Pergigian Kanak - Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang