RINGKASAN LAPORAN:

 

17.05.2020 (Ahad)

Kumpulan ke 4 Penghantaran Pulang Pelatih Institusi ke Kampung Halaman pada jam 10.00 pagi ini melibatkan seramai 40 orang pelatih Sarawak. Seperti mana kumpulan-kumpulan terdahulu, para pelatih akur dengan Garispanduan yang telah ditetapkan sebelum bertolak ke KLIA2 dengan menaiki 2 buah bas institusi. Terima kasih kepada pihak PDRM, Jabatan Bomba & Penyelamat, Pemandu serta semua yang turut serta dalam memastikan kelancaran perjalanan program ini. Kepada para pelatih, jaga diri masing-masing dan amalkan penjarakan sosial walau di mana berada. Semoga semua selamat sampai ke destinasi yang dituju.

#PDRMPulauPinang

#JabatanBombaDanPenyelamatMalaysiaNegeriPulauPinang

Ke Atas
Pusat Pergigian Kanak - Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang