PENSIJILAN MS ISO 9001:2015

 

Tahniah diucapkan kepada semua staf dan ahli Jawatankuasa ISO PPKK & ILKKM (Pergigian) Georgetown.

Sukacita dimaklumkan, Pusat Pergigian Kanak- Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown telah berjaya mendapat Pensijilan MS ISO 9001:2015 selama 3 tahun bermula dari 19 Januari 2019 sehingga 18 Januari 2022 daripada CI International Sdn Bhd. Pensijilan ini merupakan naiktaraf daripada Pensijilan MS ISO 9001:2008 dan skop pensijilan adalah merangkumi “Provision of training for Dental Therapist and Dental Technologist dan Provision of primary care dental practices”
Audit Pensijilan ini telah dijalankan pada tahun lalu iaitu pada 4 September 2018 sehingga 6 September 2018 oleh juruaudit CI International Certification Sdn Bhd di PPKK & ILKKM (Pergigian) Georgetown.

Semoga pencapaian ini dapat memberi rangsangan positif kepada semua personel untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan latihan di institusi ini.

 

 

iso logo 2015

Ke Atas
Pusat Pergigian Kanak - Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang