OBJEKTIF :

i. Meningkatkan pengetahuan mengenai teknik pengajaran dan pembelajaran melalui aplikasi ICT dalam e-learning.
ii. Memupuk minat dan kecekapan dalam penggunaan aplikasi ICT secara terancang dan bersesuaian dengan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara atas talian.
iii. Melahirkan tenaga pengajar yang celik komputer dan aplikasi ICT terkini.
iv. Memperkayakan kemahiran ICT agar kualiti pengajaran dan pembelajaran masa hadapan menjadi lebih efisien.

 

RINGKASAN LAPORAN

Bengkel Aplikasi ICT EDMODO dalam Pengajaran dan Pembelajaran Siri1/2019 yang dijalankan pada 26-28 hb Jun 2019 telahpun melabuhkan tirainya hari ini. Bengkel yang dihadiri oleh kira-kira 20 orang pengajar ini diadakan bertujuan meningkatkan pengetahuan serta memupuk minat dan kecekapan tenaga pengajar mengenai aplikasi ICT terkini agar kualiti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efisen.Selain sesi ceramah, peserta turut didedahkan dengan sesi pembelajaran realiti melalui sesi hands-on. Adalah menjadi harapan pihak penganjur agar bengkel ini memberi manfaat kepada semua peserta dalam memperkasakan teknik serta kaedah penyampaian maklumat kepada pelatih-pelatih di masa hadapan. Semoga majlis perkongsian ilmu ini akan berterusan demi kelangsungan latihan yang cemerlang.

 

 

Ke Atas
Pusat Pergigian Kanak - Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang