RINGKASAN LAPORAN:

 

PENGHANTARAN PULANG PELATIH INSTITUSI KE KAMPUNG HALAMAN

14 Mei 2020

Tepat jam 9.00 malam seramai 53 orang pelatih (Kumpulan 3) telah dihantar ke KLIA dan KLIA 2 untuk meneruskan destinasi ke Sabah dan Sarawak dengan menaiki 4 buah kenderaan institusi PPKK & ILKMM (Pergigian) Georgetown.

Persediaan kenderaan, bagasi dan pelatih telah dilaksanakan selaras Garispanduan. Taklimat ringkas dan doa dibaca sebelum memulakan perjalanan agar semua Pelatih dan Pemandu selamat pergi dan kembali.

Pihak ILKKM mengucapkan terimakasih kepada PDRM dan Jabatan Bomba P.Pinang yang terlibat dalam operasi ini.

Ke Atas
Pusat Pergigian Kanak - Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang