RINGKASAN LAPORAN:

Pada 5.5.2020 (Selasa) Kumpulan pertama pelatih PPKK & ILKKM (Pergigian) seramai 9 orang dari Semenanjung telah dihantar pulang ke rumah masing-masing selepas hampir dua bulan mereka berada di asrama sepanjang tempoh PKP. Sebelum bertolak, sebagai memenuhi SOP yang ditetapkan, pelatih dan pemandu perlu menjalani ujian saringan suhu badan. Pemandu juga turut dikehendaki untuk menjalani ujian air kencing yang dikendalikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai langkah keselamatan sepanjang perjalanan penghantaran pulang pelatih-pelatih ke kampung halaman. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam melancarkan proses pergerakan pulang pelatih-pelatih ini. Semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Ke Atas
Pusat Pergigian Kanak - Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang