RINGKASAN LAPORAN

 

Pada 27-28 Jun 2019, seramai 36 orang Juruaudit Dalaman PPKK & ILKKM (Pergigian) telah mengikuti Kursus ISO 9001: 2015 Effective Internal Auditing With Live Audit Training dengan jayanya. Kursus yang diadakan di Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang ini bertujuan meningkatkan kompetensi dan memperkasakan peranan juruaudit dalaman bagi menepati keperluan standard baru ISO 9001: 2015. Di antara kandungan modul kursus yang disampaikan oleh Puan Norliza Binti Sadrek daripada CIMY International Standards Training Sdn Bhd adalah Audit Terminologies and Methodologies, Audit Program, Audit Plans , What to Look When Auditing Key Areas and Writing on Non- compliance Statements etc. Selain itu, peserta kursus turut mengambil bahagian secara berkumpulan dalam penyediaan program audit, menjalankan live audit di unit- unit berkaitan serta penulisan nota audit dan laporan ketakakuran/pemerhatian. Justeru itu, penganjuran kursus yang sebegini diharapkan dapat memberikan manfaat serta meningkatkan pengetahuan di samping memperkasakan peranan juruaudit dalaman dalam pelaksanaan audit yang lebih komprehesif dan berintegriti.

Ke Atas
Pusat Pergigian Kanak - Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang