RINGKASAN LAPORAN:

 

Pada 21 Februari (Jumaat) PPKK & ILKKM (Pergigian) Georgetown telah menerima kunjungan dari Tadika Perpaduan Bandar Baru Air Itam. Kunjungan seperti ini telah dilakukan setiap tahun bagi menyampaikan pendidikan kesihatan pergigian kepada kanak-kanak tadika. Pendidikan Kesihtan Pergigian ini disampaikan oleh pelatih Juruterapi Pergigian Tahun 2 Semester 2. Untuk kunjungan pada kali ini terdapat juga penglibatan dari ibu bapa kanak-kanak tersebut. Dengan tidak langsung pendidikan kesihatan pergigian dapat diberikan dengan lebih berkesan kerana terdapat penglibatan ibu bapa dan guru. Pelbagai aktiviti telah dilakukan seperti Latihan Memberus Gigi Berkesan (LMG), Ceramah, Pentomim dan Role Play. Sambutan dan maklumbalas dari pihak tadika adalah sangat memuaskan.

Ke Atas
Pusat Pergigian Kanak - Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang