RINGKASAN LAPORAN:

3 Mac 2020

Satu Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Secara Pertukaran Tetap Bagi Juruterapi Pergigian Dan Juruteknologi Pergigian Gred U32/ U32 (KUP) / U38 Sebagai Pengajar Gred U41 di telah diadakan di PPKK & ILKKM (Pergigian ) Pulau Pinang pada hari ini. Majlis ini telah di sempurnakan oleh Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian), KKM  YBrs. Dr Doreyat bin Jemun dan turut dihadiri oleh YBrs. Dr Zainal Abidin Bin Sait, Setiausaha Bahagian (Pengurusan Latihan), KKM.

Seramai 29 orang yang terdiri dari 20 orang Juruterapi Pergigian dan 9 Juruteknologi Pergigian telah menerima surat pelantikan ini dan diberi Pertukaran Tetap kepada Pengajar Gred U41. Pelantikan ini sekurang-kurangnya telah dapat mengisi kekosongan perjawatan Pengajar di institusi ini yang agak kritikal sebelum ini.

Pelantikan ini bukan sahaja  memberi laluan kerjaya yang lebih menarik kepada tenaga Pengajar, malah akan memberi manafaat kepada pelatih yang sedang mengikuti latihan di institusi ini  serta bersama-sama menggerakkan dan memacu sistem Pengajaran & Pembelajaran di satu-satunya ILKKM (Pergigian) di negara ini ke aras yang lebih tinggi.

Seusai majlis penyerahan Surat Pelantikan, satu sesi dialog telah diadakan untuk memberi peluang kepada warga institusi bertanya kemusykilan berkaitan kerjaya serta hala tuju ILKKM (Pergigian). YBrs Pengarah Kanan bersama tetamu yang lain kemudiannya telah dibawa melawat sekitar Pusat Pergigian Kanak-Kanak untuk meninjau peralatan serta kemudahan yang ada.

Sesungguhnya majlis pada hari ini amat bermakna buat warga  PPKK & ILKKM (Pergigian ) Pulau Pinang. Terima kasih dari kami. 

Ke Atas
Pusat Pergigian Kanak - Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang