DASAR KUALITI

 

iso logo 2015

Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown (PPKK & ILKKM) beriltizam melahirkan Anggota Sains Kesihatan Bersekutu (Pergigian) yang berpengetahuan dan kompeten serta berkemahiran insaniah untuk semua stakeholder dan memberikan perkhidmatan pergigian kepada pelanggan secara cekap, berkesan, mesra dan berteknologi tinggi serta mementingkan kepuasan pelanggan. Kami komited dalam melaksanakan sistem pengurusan kualiti berlandaskan ISO 9001:2015 dengan mengutamakan penambahbaikan berterusan.


Kami juga komited untuk memenuhi keperluan yang berkaitan termasuk keperluan undang-undang yang terpakai, keperluan pelanggan, serta keperluan lain pihak-pihak yang berkepentingan dalam konteks sistem pengurusan kualiti.
Kami percaya sistem pengurusan kualiti yang diamalkan dapat memenuhi keperluan serta meningkatkan kepuasan pelanggan kami dan pada masa yang sama, memaksimakan nilai, keperluan dan jangkaan semua pihak berkepentingan lain termasuk pembekal dan sub kontraktor, pekerja, pelanggan dalaman serta pelanggan luaran.


Untuk mencapai hasrat yang diharapkan dari sistem pengurusan kualiti, kami akan terus menentukan isu-isu luaran dan dalaman (negatif dan positif) yang relevan selaras dengan tujuan organisasi kami serta pihak berkepentingan dan akan terus memperbaiki sistem pengurusan kualiti dan perkhidmatan dari semasa ke semasa.

 

Ke Atas
Pusat Pergigian Kanak - Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang