SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PUSAT PERGIGIAN KANAK-KANAK & KOLEJ LATIHAN PERGIGIAN MALAYSIA 

 

Sejarah penubuhan Sekolah Latihan Pergigian Malaysia (SLPM) yang kini di kenali sebagai Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia bermula sekitar tahun 1946. Ianya adalah hasil cetusan idea Dr. Roy E. Anderson yang merupakan bekas Pengarah Perkhidmatan Perubatan Malaya ketika beliau sedang bercuti di Wellington, New Zealand. Sekembalinya ke Malaya, beliau telah menceritakan kepada Mr. Charles F. Mummery, iaitu bekas Ketua Pegawai Pergigian Malaya mengenai kaedah pengajaran yang diamalkan oleh sekumpulan Jururawat di sana khususnya dalam memberikan rawatan kuratif dan pencegahan kepada kanak-kanak. Berikutan daripada itu, Mr. Charles F. Mummery yang kebetulannya sedang meninjau kaedah untuk meningkatkan kemudahan rawatan pergigian kanak-kanak di Malaya, telah berhubung dengan Mr. J. Llewellyn Saunders, Pengarah Pergigian New Zealand pada masa itu.  1
2

Dengan itu, pada bulan Jun 1949 sebuah sekolah untuk melatih Jururwat Pergigian telah ditubuhkan bertempat di sebahagian kecil ruang Tingkat 1, Blok A Hospital Besar Pulau Pinang dengan latihan pertamanya dimulai sebulan kemudian. Mr. Charles F. Mummery telah menjadi Pengarahnya yang pertama. Kurikulum yang digunakan merupakan adaptasi daripada New Zealand, dan ianya merupakan latihan sedemikian yang pertama sekali dilaksanakan luar daripada negara New Zealand. Memandangkan ruang yang diperuntukan agak terhad, latihan praktikal Jururawat Pergigian telah dijalankan di klinik satelit Jalan Grove, Pulau Pinang.

Kumpulan pertama untuk latihan Jururawat Pergigian telah ditawarkan kepada lima orang Jururawat Perubatan di bawah bimbingan seorang Pengajar Jururawat Pergigian (Dental Sister Tutor) iaitu Miss Barbara Grumitt. Beliau berasal daripada Perkhidmatan Pergigian Sekolah New Zealand (New Zealand School Dental Service). Mereka telah menamatkan kursus tersebut pada tahun 1950 dan seterusnya dilantik sebagai Jururawat Kesihatan Umum (Pergigian), yang kini dikenali sebagai Jururawat Pergigian. Bagi mempertingkatkan lagi keupayaan Tenaga Pengajar ketika itu, seramai tiga orang Jururawat Pergigian telah dihantar ke New Zealand untuk dilatih sebagai Pengajar. Mereka telah kembali semula ke Pulau Pinang pada tahun 1953 bagi memulakan tugasan latihan. Dalam tahun itu juga, Dr. Chellie J. Sundram telah menjadi warga tempatan pertama yang dilantik sebagai Pengarah institusi ini sehingga tahun 1972.

 

3

 

4

 

5 Dalam tahun 1951 pula, peranan dan fungsi SLPM telah dipertingkatkan dengan mewujudkan kursus Mekanik Pergigian. Ianya telah ditukar menjadi kursus Teknologi Pergigian pada tahaun 1959, dan sekaligus menjadikan jawatan Mekanik Pergigian kepada Juruteknik Pergigian.
Selain dari itu, dalam tahun 1950 skim Perkhidmatan Penolong Jururawat Pergigian telah diwujudkan dan berperanan sebagai pembantu kepada Pegawai Pergigian yang kini dikenali sebagai Pembantu Pembedahan Pergigian.  Kesinambungan latihan kategori auskiliari pergigian ini telah dikembangkan lagi dengan melatih Pembantu Pembedahan Pergigian secara formal sepenuh masa selama dua tahun mulai tahun 1982. Sebelum pada itu mereka dilantik secara langsung sebagai penjawat awam dan dilatih sambil bekerja (on the job training) oleh Pegawai Pergigian. Pada mulanya hanya kaum perempuan sahaja yang diambil bertugas sebagai Pembantu Pembedahan Pergigian, tetapi mulai tahun 1961 beberapa orang lelaki telah diambil ke jawatan tersebut. 6

7 

Ruang SLPM yang terletak di sebahagian daripada Klinik Pergigian Hospital Besar, Pulau Pinang itu tidak mampu menampung jumlah pelatih Jururawat Pergigian dan Juruteknik Pergigian yang semakin meningkat bagi memenuhi keperluan perkhidmatan pergigian ketika itu. Oleh itu, sebuah bangunan berasingan untuk tujuan latihan telah dibina pada tahun 1965 dan telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Behormat Encik Bahaman bin Shamsuddin, Menteri Kesihatan Malaysia pada 8 April 1966. Ianya menempatkan ruang untuk Dewan Kuliah, Makmal Besar Juruteknik Pergigian, Bilik Rawatan untuk praktis klinikal pelatih dan juga beberapa Surgeri Pergigian untuk Pegawai Pergigian.
Dengan pengambilan jumlah pelatih yang semakin meningkat saban tahun, institusi ini telah berusaha untuk memperbaiki dan memperkembangkan lagi kemudahan prasarana sedia ada. Maka sebuah lagi blok bangunan tiga tingkat telah dibina yang perasmiannya telah disempurnakan pada 27 April 1981 oleh T.Y.T Yang DiPertua Negeri, Pulau Pinang, Tun Datuk Haji Sardon bin Haji Jubir. Bangunan baru tersebut dapat menampung ruang untuk pertambahan Dewan Kuliah, Bilik Rawatan untuk praktis klinikal pelatih dan juga tiga buah lagi Surgeri Pergigian. 

 8

 

9 Pada tahun 1993, buat julung kalinya kaedah latihan secara Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) diperkenalkan untuk kursus Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian. Para pelatih akan menjalani latihan secara intensif pada 3 bulan pertama dan 3 bulan terakhir di institusi induk,  manakala latihan amali dijalankan di klinik-klinik pergigian KKM seluruh negara sebagai Pusat Latihan Amali (PLA) selama 18 bulan di bawah bimbingan Preseptor Tempatan yang dilantik. Kaedah pembelajaran PJJ adalah berasaskan kepada penggunaan pakej-pakej modul interaktif yang dibekalkan kepada para pelatih.
Pada 18 Januari 1996 pula, taraf Sijil Kejururawatan Pergigian dan Juruteknik Pergigian telah mendapat pengiktirafan setaraf diploma. Sehubungan itu, struktur sistem pengajian turut berubah daripada kaedah konvensional kepada sistem-sistem kredit di mana latihan dilaksanakan menggunakan sistem semester bagi menggantikan sistem penggal. Kursus bagi Juruteknik Pergigian telah diubah kepada kursus Teknologi Pergigian, manakala para lepasannya kini di kenali sebagai Juruteknologi Pergigian. 10

11

12

Selaras dengan penarafan sebagai sebuah institusi yang melatih para lepasan diploma dan sijil, pada 15 April 2003 nama institusi ini telah ditukarkan daripada Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Sekolah Latihan Pergigian Malaysia (PPKK & SLPM) kepada Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia (PPKK & KLPM). Pembangunan fizikal dan prasarana institusi ini telah diteruskan lagi dengan pembinaan sebuah blok bangunan tambahan setinggi (12) tingkat yang dilengkapi dengan kemudahan yang lebih lengkap dan selesa. Ianya mula beroperasi pada tahun 2004 dengan menempatkan Unit Pejabat Pentadbiran, Asrama Pelatih Perempuan, Makmal Komputer, Auditorium, Perpustakaan, Bilik Tenaga Pengajar dan pelbagai kemudahan lain berkaitan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan awam lain seperti surau, tandas dan kafeteria pelatih turut disediakan. Sejak penubuhannya 67 tahun yang lalu, sehingga kini Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia (PPKK & KLPM) masih merupakan satu-satunya Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang masih merupakan satu-satunya Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang melatih Anggota Sains Kesihatan Bersekutu dalam bidang pergigian di negara ini. Di sepanjang jangkamasa tersebut ianya telah diterajui oleh seramai 11 orang Pengarah.

12

 

Ke Atas
Pusat Pergigian Kanak - Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang