LATIHAN

 

TERAS PERKHIDMATAN

  1. Piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelatih yang mengikuti kursus di Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Kolej Latihan Pergigian (PPKK & KLPM).

KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN

  1. Setiap pelanggan boleh mendapatkan latihan daripada-daripada pihak PPKK & KLPM ini tanpa mengira umur, jantina, keturunan & taraf sosio-ekonomi.

TARAF PERKHIDMATAN

  1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhalas.
  2. Setiap pelanggan akan diberi latihan sebaik mungkin secara profesional.
  3. Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.

MAKLUMAT PERKHIDMATAN

  1. Setiap pelanggan akan memperolehi latihan yang sempurna dari segi ilmu, kemahiran dan sikap terhadap bidang tugas masing-masing.
  2. Setiap pelanggan akan disediakan dengan kursus-kursus yang diperlukan untuk menghasilkan Anggota Sains Kesihatan Bersekutu (Pergigian) yang berkemahiran dan berpengetahuan.
  3. Setiap pelanggan boleh mengikuti kursus-kursus untuk meningkatkan ilmu serta kemahiran selaras dengan teknologi terkini berpandukan kepada hasil kajian kesihatan.

PENDIDIKAN KESIHATAN

  1. Setiap pelanggan akan diberi maklumat rawatan pergigian dan cara-cara pencegahannya.
  2. Setiap pelanggan boleh mendapatkan maklumat mengenai rawatan dan pencegahan penyakit pergigian dengan memohon sendiri melalui personel seksyen bilik rawatan masing-masing.

KEWAJIPAN PELANGGAN

  1. Mematuhi setiap peraturan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak institusi.
  2. Mematuhi peraturan tatakelakuan pelatih dan tatakelakuan latihan yang ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Latihan (BPL), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  3. Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup sihat dan menggunakan segala kemudahan yang disediakan secara cermat dan bertanggungjawab.

latihan

Ke Atas
Pusat Pergigian Kanak - Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang