PENGURUSAN

 

TERAS PERKHIDMATAN

  1. Piagam ini ditujukan khas kepada setiap warga kerja dan pelatih Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Kolej Latihan Pergigian (PPKK & KLPM).

KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN

  1. Setiap pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan yang sewajarnya daripada bahagian pengurusan ini tanpa mengira umur, jantina, keturunan & taraf sosio-ekonomi.
  2. Setiap surat yang memerlukan tindakan segera akan diuruskan dengan sempurna dalam tempoh 2 hari.

TARAF PERKHIDMATAN

  1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  2. Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.

MAKLUMAT PERKHIDMATAN

  1. Setiap surat pelanggan yang memerlukan tindakan akan diuruskan dalam tempoh 7 hari.
  2. Gaji setiap warga kerja yang baru/bertukar akan diproses dan diambil tindakan segera dalam tempoh 5 hari dari tarikh LPC diterima.
  3. Setiap pelatih akan menerima bayaran biasiswa dengan sempurna dalam tempoh 7 hari setiap awal bulan.

KEWAJIPAN PELANGGAN

  1. Mematuhi setiap peraturan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak institusi.
  2. Melengkapkan semua borang-borang yang berkaitan untuk diuruskan oleh bahagian pengurusan.
  3. Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup sihat dan menggunakan segala kemudahan yang disediakan secara cermat dan bertanggungjawab.

pengurusan

Ke Atas
Pusat Pergigian Kanak - Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang