PERKHIDMATAN

 

TERAS PERKHIDMATAN

  1. Ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Kolej Latihan Pergigian (PPKK & KLPM)

 

KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN

  1. Setiap pelanggan boleh mendapatkan latihan daripada pihak PPKK & KLPM ini tanpa mengira umur, jantina, keturunan & taraf sosio-ekonomi.
  2. Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai dalam kecemasan akan diberikan rawatan dengan segera.

 

TARAF PERKHIDMATAN

  1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan-santun, jujur dan ikhlas.
  2. Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan pergigian sebaik mungkin secara profesional.
  3. Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.

 

MAKLUMAT PERKHIDMATAN

  1. Setiap pelanggan yang terdiri daripada murid-murid sekolah yang berumur 17 tahun dan ke bawah akan diberi rawatan pergigian.
  2. Rawatan pergigian akan diberi kepada pesakit sekolah pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang hingga 5.00 petang.
  3. Masa menunggu untuk setiap rawatan adalah tidak melebihi 60 minit selepas pendaftaran bagi kes-kes temujanji, tidak termasuk kes-kes pesakit sekolah yang dibawa menggunakan kenderaan jabatan.

 

PENDIDIKAN KESIHATAN

  1. Setiap pelanggan akan diberi maklumat rawatan pergigian dan cara-cara pencegahannya.
  2. Setiap pelanggan boleh mendapatkan maklumat mengenai rawatan dan pencegahan penyakit pergigian dengan memohon sendiri melalui personel seksyen bilik rawatan masing-masing.

 

KEWAJIPAN PELANGGAN

  1. Mematuhi setiap peraturan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak institusi.
  2. Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup sihat dan menggunakan segala kemudahan yang disediakan secara cermat dan bertanggungjawab.

 perkhidmatan

Ke Atas
Pusat Pergigian Kanak - Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang