SYARAT DAN PERMOHONAN KEMASUKAN

 

Berapakah had umur kelayakan untuk mengikuti kursus Diploma Kejururawatan Pergigian?

18 hingga 25 tahun

Saya ingin memohon Kursus Diploma Kejururawatan Pergigian. Apakah syarat kemasukannya?

Latihan: Jururawat Pergigian Perlatih

Kod Skim: 3314

Jantina: Perempuan sahaja

Tempoh Latihan: 3 tahun

Biasiswa Semasa Latihan: RM 621.21 sebulan

Tempat Latihan: Pusat Pergigian Kanak-Kanak dan Kolej Latihan Pergigian Malaysia, Pulau Pinang

Syarat Latihan:

i) SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; DAN

ii) lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pembedahan Pergigian adalah layak dipertimbangkan secara KPSL untuk mengikuti Latihan Jururawat Pergigian, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a) mempunyai kelayakan di para  (i) di atas; dan

b) berumur kurang dari 15 tahun dari tarikh permohonan.

PERHATIAN:

Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Pergigian, Gred U29.

Boleh terus memohon melalui http://www.spa.gov.my

Ke Atas
Pusat Pergigian Kanak - Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang