RINGKASAN LAPORAN:

 

Mesyuarat Minggu Kesedaran Kanser Mulut 2020 dan Sesi CPD 'Breath CO Monitor' .

Tarikh : 16 Oktober 2020 (Jumaat)

Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengahari

Tempat : Bilik Unit Promosi Kesihatan Pergigian

Mesyuarat diadakan bagi membuat perancangan untuk Minggu Kesedaran Kanser Mulut pada tahun 2020 (MCAW2020) yang akan diadakan pada bulan November nanti. Mesyuarat pada hari ini telah dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa MCAW2020 yang telah dilantik.

Selain itu, satu sesi CPD 'Breath CO Monitor' turut diadakan bagi melatih ahli mesyuarat tentang tatacara penggunaan mesin pemantauan kadar karbon monoksida itu. Sesi CPD ini telah dijalankan dan dijayakan oleh Dr. Sashi dan juga JP Eliza. Tahniah diucapkan pada semua peserta.

I Am and I Will... #BeatMouthCancer

#MCAW2020

Ke Atas
Pusat Pergigian Kanak - Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang