Ringkasan Laporan :

Sekalung tahniah diucapkan kepada Dato Dr Ahmad Termizi Bin Zamzuri di atas penganugerahan “ISO 9001 Highly Committed Top Management / Leadership Award” oleh pihak CI International Certification Sdn Bhd. Majlis penyampaian anugerah tersebut telah diadakan pada 31 Disember 2019 yang lalu yang disampaikan oleh Pengarah Urusan CI International Certification Sdn Bhd sendiri iaitu Mr. Ooi Soo Kang. Anugerah tersebut diberikan sebagai tanda penghargaan terhadap Dato Dr Ahmad Termizi Bin Zamzuri yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi sebagai pengurusan tertinggi dalam melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001: 2008/2015. Di bawah kepimpinan beliau institusi telah menerapkan objektif kualiti berdasarkan pendekatan risiko yang berintegriti tinggi dan menjadikan Pusat Pergigian Kanak- Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian), Georgetown sebuah institusi contoh kepada agensi- agensi yang lain. Majlis yang diadakan pada hari terakhir beliau bertugas sebagai penjawat awam dengan semua staf berkumpul pada jam 4.45 petang di ruang lobi Bangunan Tambahan untuk mengucapkan selamat maju jaya dan salam perpisahan. Diharapkan Dato Dr Ahmad Termizi Bin Zamzuri akan dikurniakan kesihatan yang baik dan jasamu akan terus dikenang.

Ke Atas
Pusat Pergigian Kanak - Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang