OBJEKTIF

  1. Mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan pergigian di institusi.

 

RINGKASAN LAPORAN

Buat julung kalinya satu kursus bertajuk Pelestarian Kualiti Perkhidmatan Pergigian telah diadakan pada 19-20hb & 27hb Jun 2019. Kursus yang bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan pergigian di institusi ini telah dihadiri oleh kira-kira 60 orang kakitangan Unit Perkhidmatan termasuk Pegawai Pergigian, Juruterapi Pergigian, Pembantu Pembedahan Pergigian (PPP) & Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) .

Beberapa siri ceramah dan taklimat telah dirangka selari dengan objektif kursus. Antara pengisian kursus termasuklah Budaya Kerja Cemerlang Sebagai PPP dan PPK, Integriti Sebagai Penjawat Awam, Kesedaran Prosedur Kualiti ISO, Tatacara Pengurusan Hasil di Kaunter Hasil, Kawalan Infeksi dan Pengendalian Sisa klinikal, Amalgam: Bagaimanakah Pengurusannya?, Tatacara Pengambilan Radiograf dan Penyelarasan Pengumpulan Reten dan Key Performance Indicators (KPI). Semoga kursus ini mempertingkatkan lagi kualiti penyampaian dalam perkhidmatan dan bermanfaat buat semua.

Ke Atas
Pusat Pergigian Kanak - Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang