RINGKASAN LAPORAN:

 

*PENGHANTARAN PULANG PELATIH INSTITUSI KE KAMPUNG HALAMAN

07.05.2020*

Pada hari ini (9.00 malam) seramai 43 orang pelatih (Kumpulan 2) telah dihantar ke KLIA untuk meneruskan destinasi ke Sabah dengan menaiki 2 buah bas dan sebuah van PPKK & ILKKM (Pergigian) Georgetown.

Selaras dengan Garispanduan, pihak ILKKM Georgetown akur dengan persediaan yang perlu dilakukan iaitu; pelatih menandatangani Borang Deklarasi, menjalani saringan gejala COVID-19 serta taklimat ringkas perjalanan. Pemandu Kenderaan juga telah menjalani saringan air kencing oleh Unit Narkotik PDRM Pulau Pinang untuk memastikan mereka bebas dadah.

Proses sanitasi ke atas kenderaan dan bagasi juga turut dilaksanakan oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang.

Pihak ILKKM mengucapkan terima kasih kepada agensi kerajaan yang terlibat dalam memastikan kelancaran proses penghantaran pulang para Pelatih.

Ke Atas
Pusat Pergigian Kanak - Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang