PERSEDIAAN PPKK & KLPM KE ARAH PENSIJILAN ISO 9001:2015

 

Berikutan daripada transisi MS ISO 9001:2008 ke ISO 9001:2015 yang akan dijalankan di institusi ini pada awal tahun 2018, satu kursus/bengkel penambahbaikan Prosedur Kualiti, Garis Panduan dan Arahan Kerja bertajuk “ISO 9001:2015 Process Approach Procedures and Work Instructions Improvement Training” telah diadakan pada 30hb November & 1hb Disember 2016 bertempat di Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang. Penceramah dari CIMY International Standards Training (M) Sdn. Bhd. telah dijemput untuk melatih semua Penyedia dokumen menambahbaik dokumen di unit masing-masing selaras dengan tuntutan baru dalam ISO 9001:2015. Antara perkara yang ditekankan dalam kursus ini termasuklah:

 

  1. Penambahan beberapa elemen penting dalam method & criteria di dalam sesuatu proses seperti Input & Output, Performance Indicator, elemen komunikasi, Monitoring Control & Documented Information Control (Klausa 4.4.1 & 4.4.2)
  2. Penambahan faktor sosial & psikologi dalam penilaian/pemantauan persekitaran kerja (klausa 7.1.4)
  3. Pengurusan Organization Knowledge (klausa 7.1.6)
  4. Management of change/ change control (klausa 8.5.6)
  5. Penambahan input untuk disemak dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (Klausa 9.3.2)
  6. Penambahan tuntutan dalam proses Corrective Action (Klausa 10.2)

 

Berikutan daripada kursus ini, terdapat beberapa Prosedur Kualiti baru akan diwujudkan selaras dengan tuntutan ISO 9001:2015 dan beberapa bengkel dalaman telah dirancang bagi mengemaskini kesemua 63 Prosedur Kualiti yang sedia ada pada sepanjang tahun hadapan.

 

logo iso terkini

Ke Atas
Pusat Pergigian Kanak - Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang