RINGKASAN LAPORAN:

 

PERHIMPUNAN PAGI & PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2019

Tarikh: 25 September 2020

Tempat: Auditorium PPKK & ILKKM (Pergigian)

Satu Perhimpunan Pagi Anggota PPKK & ILKKM (Pergigian) Georgetown telah diadakan pada hari ini.

Perhimpunan yang diadakan secara berkala ini bertujuan memberi maklumat terkini mengenai perkhidmatan dan hal-hal berkaitan Penjawat Awam. Pengisian perhimpunan kali ini dimulai dengan bacaan doa oleh En. Luqman Hakim, lagu Negaraku, Lagu Negeri Kita dan Kami Sedia Membantu diikuti dengan perutusan Pengarah. Seterusnya ceramah motivasi oleh En M. Amin b Ramlee dari Unit Pentadbiran dengan mesej "Kerja Satu Ibadah", sessi X-Break dan suai kenal anggota baru masuk. Dikesempatan kali ini, pihak Pentadbiran telah mengadakan penyampaian sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 kepada 14 orang penerima yang berjaya.

Diharapkan dengan penganugerahan ini, kecemerlangan di dalam perkhidmatan dapat dikekalkan di samping menggalakkan dan menyuntik semangat anggota-anggota lain untuk turut cemerlang di masa akan datang.

Ke Atas
Pusat Pergigian Kanak - Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang