Ringkasan Laporan:

 

Pesta Kebudayaan yang bertemakan Glam, Retro & Vintage telah diadakan pada 01.02.2020 (Sabtu) bertempat di Auditorium, PPKK & ILKKM (P) Georgetown Pulau Pinang. Majlis yang berlangsung selama kira-kira tiga jam ini telah dirasmikan oleh Pn. Rokiah bt Sahadan, Pengajar Kanan Hal Ehwal Pelatih selaku wakil kepada Pengarah. Vintage & Retro merupakan istilah untuk menggambarkan gaya tertentu pakaian atau barang-barang yang direka. Retro merupakan ringkasan kepada "retrospektif" yang membawa maksud kenangan kembali yang diambil daripada perkataan Latin "Retrospectus" yang bermaksud "ke belakang".

Sesuai dengan tema yang dipilih, pesta kebudayaan kali ini menekankan budaya dan pemakaian sekitar tahun 50-an hingga 90-an sebagai mengimbau kembali nostalgia masa lalu.

Para hadirin yang hadir rata-ratanya terhibur dengan lima prsembahan yang disajikan oleh para pelatih Jururawat Pergigian dan Juruteknologi PergigianTahun 1 dan 2, serta pelatih Pembantu Pembedahan Pergigian Tahun 1. Seramai 296 orang pelatih telah bertungkus lumus menjayakan pesta kebudayaan kali ini dengan dibantu oleh para Pengajar Penyelaras Gerak Kerja Kebudayaan.

Adalah menjadi harapan jawatankuasa penganjur agar pesta kebudayaan sebegini dapat mencungkil, mengasah dan meningkatkan kebolehan serta melahirkan pelatih yang lebih berkeyakinan selain dapat mengeratkan silaturahim antara semua.

Syabas dan tahniah diucapkan buat semua kerana telah menjayakan PESTA KEBUDAYAAN TAHUN 2020!

Ke Atas
Pusat Pergigian Kanak - Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang