Boleh berikan senarai tugas sebagai Jururawat Pergigian?

1. Tugas-Tugas Rawatan Pesakit

1.1 Am

Perkhidmatan kesihatan oral kanak-kanak tadika, sekolah, kanak-kanak istimewa dan warga tua serta agensi kerajaan dan pusat-pusat kesihatan.

1.2 Diagnosis

Memeriksa, mendiagnosis dan mengatur rawatan pesakit-pesakit di bawah penjagaannya dan merujuk kepada pegawai pergigian untuk tindakan selanjutnya.

1.3 Profilaksis

Pembersihan gigi termasuk prosedur penskaleran, pembersihan dan pengilapan bagi permulaan.

1.4 Restorasi

Menyedia kaviti dan membuat tampalan.

1.5 Cabutan gigi serta mengawal pendarahan setelah cabutan

1.6 Rawatan lain mengikut arahan

 

 

2. Pendidikan Kesihatan Pergigian

2.1 Melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan pergigian melalui latihan memberus gigi, ceramah, pameran kempen kesihatan.

2.2 Menyediakan bahan-bahan pendidikan serta menggunakan alat pandang dengar.

 

3. Kaunseling

3.1 Penjagaan Kesihatan Oral.

3.2 Penjagaan di rumah (Home Care).

 

4. Kawalan Jangkitan

 

5. Kejururawatan Komuniti

 

6. Penyelidikan Sistem Kesihatan

6.1 Menganalisa kekurangan dan kelemahan seperti kawalan, jangkitan, restorasi atau bahan tampalan gigi.

 

7. Pentadbiran dan Pengurusan

7.1 Penyelenggaraan, keselamatan dan inventori alat kelengkapan.

7.2 Kebersihan surgeri pergigian dan persekitaran klinik.

Ke Atas
Pusat Pergigian Kanak - Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang