
SARINGAN KESIHATAN ANGGOTA
KOSPEN WOW telah menganjurkan saringan kesihatan bagi anggota institusi pada 18,19,20 Februari 2025. Aktiviti ini bertujuan untuk mengenalpasti status kesihatan anggota yang terkini.Antara saringan kesihatan yang dilakukan ialah pengukuran tekanan darah, paras gula dalam darah, Indeks Jisim Badan (BMI), status merokok dan vape dan kesihatan minda.
