


KURSUS BASIC LIFE SUPPORT (BLS)
Kursus Basic Life Support (BLS) telah diadakan di PPKK & ILKKM (Pergigian) Georgetown pada 22 Mei 2025. Kursus ini dihadiri oleh anggota yang terdiri daripada 6 pegawai pergigian, 2 pegajar serta 12 staf sokongan.
St John Ambulans Pulau Pinang yang diketuai oleh Encik Goh Kai Boon dan Encik Chiew Teck Hou telah dijemput untuk memberi ceramah kepada para peserta. Sesi demonstrasi CPR telah dijalankan atas mannequin dewasa dan bayi yang melibatkan mangsa dalam keadaan tidak sedar diri, tercekik dan saluran pernafasan tersumbat. Cara penggunaan AED untuk pertolongan kecemasan juga telah diberikan.
