

DEMONSTRASI KAWALAN JANGKITAN SILANG & PENGURUSAN KLINIKAL
Demonstrasi Kawalan Jangkitan Silang & Pengurusan Klinikal oleh Pembantu Pembedahan Pergigian dan Pembantu Perawatan Kesihatan ini adalah satu aktiviti sesi taklimat pembelajaran semula tentang prosedur kawalan jangkitan silang dan pengurusan peralatan yang dibuat secara berjadual bagi tahun 2025. Jadual program ini bermula pada bulan Februari 2025 hingga bulan September 2025 dimana setiap bulan akan ada 2 slot taklimat oleh Pembantu Pembedahan Pergigian dan Pembantu Perawatan Kesihatan. Para penceramah ini juga telah dilantik bersama dengan seorang fasilitator yang terdiri daripada Pegawai Pergigian untuk membantu penyediaan bahan taklimat.
