Bengkel Flexible Denture

Bengkel Flexible Denture 

TARIKH : 17-18 Oktober  2023  (Selasa dan Rabu)

MASA: 08.00 am – 17.00 pm

TEMPAT : Makmal Besar PPKK & ILKKM (Pergigian) Georgetown

Kursus ini dilaksanakan untuk  menambah pengetahuan dan  meningkat kemahiran kerja peserta kursus.  Dianjur secara “Hands on” bagi membolehkan peserta  memahami  dan mendapat pengalaman membuat flexible denture. Kursus ini diadakan selama dua hari meliputi teori, pelilinan, inves, injet, pemangkasan dan penyudahan.

Kursus ini melibatkan 21 orang peserta

  • 7 Pengajar Teknologi Pergigian
  • 5 Instruktor Klinikal Teknologi Pergigian,
  • 6 Juruteknologi Pergigian Pulau Pinang
  • 3 Juruteknologi Pergigian Kedah

Sekalung tahniah buat Instructor Klinikal PPKK & ILKKM yang menjadi Ahli Jawatan kuasa penganjur, En Mhd Zaki Awang Lah selaku ketua jawatan kuasa, En Abang Mahmud bin Abang Muhammad selaku Ketua Program Teknologi Pergigian.dan tidak dilupakan Puan Pengarah Dr Nor Haslina binti Mohd Hashim yang sentiasa menyokong setiap aktiviti meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran anggota PPKK & ILKKM supaya berdaya maju dan kompeten dengan teknologi semasa.

Gigi Palsu Fleksibel

Pendahuluan

Gigi palsu fleksibel ialah gigi palsu yang diperbuat daripada bahan yang melentur (flexible) iaitu sejenis bahan plastik yang dinamakan nylon. Ia adalah sejenis gigi palsu yang popular di dalam pembuatan gigi palsu separuh buat masa kini.

Kebaikan

Gigi palsu fleksibel lebih ringan, kuat dan tahan lama. Saiznya yang lebih nipis dan lebih melentur dari gigi palsu akrilik membuatkan ia lebih terasa semula jadi dan mudah diterima oleh pesakit. Warnanya yang seakan warna gusi membuatkannya serasi dengan warna tisu mulut dan tidak nampak ketara bahawa seseorang itu sedang memakai gigi palsu. Sumber http://www.myhealth.gov.my/gigi-palsu-fleksibel/.

Contact Us

No. 3, Jalan Sepoy Lines,
10450 George Town, Pulau Pinang

Tel: 04-229 9233 

  • Last Modified Date: 07 April 2026.

Total Visitor: 86171

QR Code Web Mobile

qrcode ppkk

Disclaimer

The institution will not be responsible for any loss or damage caused by the use of information obtained from this portal.

Copyright Reserved (c) 2022-PPKK & ILKKM (P)