

PROGRAM: KARNIVAL JOM SIHAT
TEMPAT: MASJID AT TAUFIQQIAH, KATI, KUALA KANGSAR PERAK
TARIKH: 27 HB JANUARI 2024
Karnival Jom Sihat yang dikolaborasikan ILKKM Sultan Azlan Shah bersama PPKK& ILKKM(Pergigian) telah diadakan di Masjid At Taufiqqiah, Kati, Kuala Kangsar, Perak bagi mempromosikan perkhidmatan dan rawatan pergigian yang dijalankan di Pusat Pergigian Kanak- Kanak dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown Pulau Pinang.
Selain mempromosikan rawatan pergigian, pelatih juga memperkenalkan bidang pengajian yang ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang terdiri daripada Diploma Terapi Pergigian, Diploma Teknologi Pergigian dan Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian. Pihak institusi mengalu- ngalukan permohonan para pelatih baru bagi mengikuti pengajian di institusi. Dengan adanya program sedemikian, para pelatih dapat mempelajari kaedah penyampaian maklumat dengan betul dan meningkatkan kemahiran komunikasi yang berkesan dengan masyarakat setempat.
Semoga pelatih yang berfikiran jauh dapat memacu masyarakat berpengetahuan.
