KONVENSYEN SUKAN DAN KEBUDAYAAN ILKKM ZON A - E - SPORT

Pusat Pergigian dan Kanak-kanak Dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown Pulau Pinang telah menganjurkan KONVENSYEN SUKAN DAN KEBUDAYAAN ILKKM ZON A - E - SPORT pada 19 Ogos 2023.

E-SPORT adalah merupakan salah satu acara  awal yang dipertandingkan sempena KONVENSYEN SUKAN DAN KEBUDAYAAN ILKKM ZON A  yang akan diadakan pada 26 Ogos 2023. Pertandingan ini melibatkan para pelatih ILKKM Bertam (Kejururawatan) Pulau Pinang, ILKKM Alor Setar (Penolong Pegawai Perubatan) Kedah, ILKKM Alor Setar (Kejururawatan) Kedah dan semestinya pelatih dari pihak penganjur PPKK & ILKKM (Pergigian) Georgetown Pulau Pinang.

Pertandingan ini diadakan dengan tujuan:

  1. Mengembangkan konsep sukan sedia ada selain daripada berada di padang (out door).
  2. Memenuhi jam kredit para pelatih di dalam aktiviti ko kurikulum di peringkat kebangsaan.
  3. Memupuk semangat kesukanan di antara pelatih dari pelbagai bidang.

Dengan adanya pertandingan ini adalah diharapkan pelatih dapat memupuk  semangat kesukanan di kalangan pelatih pelbagai bidang. Di samping itu pelatih dapat memenuhi jam kredit di dalam aktiviti ko kurikulum.

Pihak institusi mengucapkan terima kasih di atas keterlibatan semua Ahli Jawatan Kuasa Gerak Kerja dan pelatih-pelatih yang mengambil bahagian.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

“SYABAS BUAT SEMUA”

Contact Us

No. 3, Jalan Sepoy Lines,
10450 George Town, Pulau Pinang

Tel: 04-229 9233 

  • Last Modified Date: 07 April 2026.

Total Visitor: 86190

QR Code Web Mobile

qrcode ppkk

Disclaimer

The institution will not be responsible for any loss or damage caused by the use of information obtained from this portal.

Copyright Reserved (c) 2022-PPKK & ILKKM (P)