Kunjungan Rasmi Setiausaha Bahagian (Pengurusan Latihan), KKM Ke PPKK & ILKKM (Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang

KUNJUNGAN RASMI SETIAUSAHA BAHAGIAN (PENGURUSAN LATIHAN), KKM KE PPKK & ILKKM (PERGIGIAN) GEORGETOWN, PULAU PINANG

 

Pada 13 November 2024 (Rabu),  institusi berbesar hati menerima kunjungan rasmi  Yang Berusaha Puan Emillia Rosnizar binti Ahmad Hanipiah, SUB BPL, KKM. Tempoh lawatan yang singkat ini telah dimanfaatkan sepenuhya melalui perkongsian maklumat berkaitan Latihan Auksilari Pergigian yang dijalankan di institusi ini, perbincangan  berimpak tinggi berkaitan isu-isu Latihan  disusuli dengan  lawatan ke Bilik Rawatan & Teknik Pergigian Operatif (amali Diploma Terapi Pergigian) serta Makmal Pergigian (amali Diploma Teknologi Pergigian). Dalam ucapan beliau, Puan SUB turut menyatakan hasratnya untuk memperluaskan program Latihan (Pergigian) ke Sabah/ Sarawak dalam usaha menarik lebih ramai lepasan sekolah dari Malaysia Timur serta negara jiran mengikut Kursus Pra Perkhidmatan yang ditawarkan oleh BPL, KKM.

Puan SUB turut meluangkan masa melawat keadaan asrama Pelatih Lelaki dan mengusulkan kerja-kerja baikpulih dilaksanakan demi kebajikan pelatih ILKKM (Pergigian) serta pelatih dari ILKKM lain yang turut menginap semasa menjalani latihan amali di Hospital Pulau Pinang.

Semoga kunjungan ini menjadi dorongan dan panduan ke arah pembentukan sebuah institusi ulung dalam melahirkan graduan pergigian yang cemerlang, berdaya saing dan mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi. Sekali lagi pihak institusi mengucapkan terima kasih atas kunjungan Yang Berusaha Puan Emillia Rosnizar binti Ahmad Hanipiah ke PPKK & ILKKM (Pergigian) Georgetown!

Contact Us

No. 3, Jalan Sepoy Lines,
10450 George Town, Pulau Pinang

Tel: 04-229 9233 

  • Last Modified Date: 07 May 2026.

Total Visitor: 91447

QR Code Web Mobile

qrcode ppkk

Disclaimer

The institution will not be responsible for any loss or damage caused by the use of information obtained from this portal.

Copyright Reserved (c) 2022-PPKK & ILKKM (P)