Kursus Keselamatan Makanan & Pemakanan Sihat

KURSUS KESELAMATAN MAKANAN & PEMAKANAN SIHAT

TARIKH: 27 Mei 2024

Bagi meningkatkan kesedaran dan di kalangan penyelia asrama, PPKK & ILKKM (Pergigian) telah menganjurkan Kursus Keselamatan Makanan & Pemakanan Sihat  secara hibrid di mana seramai 20 orang Penyelia Asrama Pulau Pinang & Kesatuan Penyelia Asrama Malaysia hadir secara bersemuka di institusi manakala sebanyak 140 Penyelia Asrama di seluruh Malaysia turut hadir secara atas talian. Ceramah berkaitan dengan pemakanan sihat, pengurusan berat badan, dan keselamatan makanan telah disampaikan oleh En. Thirukkanesh a/l Sanvasham, Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pemakanan JKN Pulau Pinang dan Puan Azizah Binti Ghazali Pegawai Teknologi Makanan Bahagian Keselamatan & Kulaiti Makanan JKN Pulau Pinang. Kursus selama satu hari diadakan di Bilik Penyelidikan, Aras 3 Bangunan Tambahan. Selain itu, peserta turut didedahkan tentang pemakanan sihat, tatacara pengendalian makanan, keselamatan makanan di kafetaria, tatacara pengendalian kendiri di dapur dan kriteria penilaian BESS. Pihak institusi mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua penceramah dan AJK terlibat dalam menjayakan kursus ini. Diharapkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, para peserta dapat menjalankan tugas pemantauan dengan baik dan cekap.

Contact Us

No. 3, Jalan Sepoy Lines,
10450 George Town, Pulau Pinang

Tel: 04-229 9233 

  • Last Modified Date: 07 April 2026.

Total Visitor: 86164

QR Code Web Mobile

qrcode ppkk

Disclaimer

The institution will not be responsible for any loss or damage caused by the use of information obtained from this portal.

Copyright Reserved (c) 2022-PPKK & ILKKM (P)