Kursus Keselamatan PPKK & ILKKM (Pergigian)

KURSUS KESELAMATAN PPKK & ILKKM (PERGIGIAN)

 

TARIKH: 18 APRIL 2024

Bagi meningkatkan kesedaran dan kompetensi di kalangan staf, PPKK & ILKKM (Pergigian) telah menganjurkan kursus Keselamatan yang melibatkan seramai 55 orang Pegawai Pergigian, Pengajar dan Kumpulan Pelaksana. Ceramah Pengenalan dan Praktikal Cara Pemadaman Api telah disampaikan oleh Tuan Zara’im Bin Mohd Lazim dari Jabatan Bomba dan Penyelamat manakala latihan simulasi kebakaran telah didemonstrasikan oleh  Tuan  Azri Bin Yusof di gelanggang futsal. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan Ancaman Jenayah Komersial oleh Supt. Zulkeflee Bin Sulaiman dari Polis Diraja Malaysia (Bahagian Jenayah Komersial) serta Cara-Cara Penjagaan Rahsia Rasmi Kerajaan oleh Encik Mohd Maizar bin Mohd Zakir, Pegawai Keselamatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pihak institusi mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua penceramah dan AJK terlibat dalam menjayakan kursus ini. Diharapkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, para peserta dapat membudayakan aspek keselamatan agar dapat mewujudkan tempat kerja yang selamat dan kondusif.

Contact Us

No. 3, Jalan Sepoy Lines,
10450 George Town, Pulau Pinang

Tel: 04-229 9233 

  • Last Modified Date: 07 April 2026.

Total Visitor: 86260

QR Code Web Mobile

qrcode ppkk

Disclaimer

The institution will not be responsible for any loss or damage caused by the use of information obtained from this portal.

Copyright Reserved (c) 2022-PPKK & ILKKM (P)