


KURSUS PENGHASILAN eBOOK (SIRI 1)
TARIKH: 26-28 JUN 2024 (Rabu-Khamis)
TEMPAT: MAKMAL KOMPUTER, TINGKAT 3 BANGUNAN TAMBAHAN
Pada 26 hingga 28 Jun 2024, Kursus Penghasilan eBook (siri 1) telah dijalankan selama 3 hari di Makmal Komputer Tingkat 3, Bangunan Tambahan yang melibatkan seramai 26 peserta kursus yang terdiri daripada kategori Pegawai Pergigian dan Pengajar.
Penceramah jemputan adalah Pn. Naziah Binti Md Jasin telah berkongsi ilmu yang amat berguna kepada semua peserta kursus. Sesi perkongsian ini diharap dapat dimanfaatkan oleh semua yang hadir dalam penghasilan bahan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran pelatih.
Objektif kursus ini adalah bertujuan meningkatkan pengetahuan mengenai prinsip penyediaan bahan pembelajaran secara digital untuk lebih berkesan. Selain itu, ia memberi pendedahan kepada tenaga pengajar mengenai apa itu eBook dan kompenan yang perlu ada bagi membangunkan sesebuah eBook.
