
PROGRAM : LAWATAN AKREDITASI DARI MQA SECARA VIRTUAL
TARIKH: 18 JANUARI 2024
TEMPAT: SECARA VIRTUAL
Pada 18hb Januari 2024, pihak MQA (Malaysian Qualifications Agency) telah melakukan lawatan secara virtual bagi mendapatkan pengiktirafan penuh kelayakan Program Diploma Terapi Pergigian
Ini adalah merupakan satu titik tolak anjakan tidak hanya perubahan nama dari Diploma Kejururawatan Pergigian kepada Diploma Terapi Pergigian tetapi juga sebagai penstrukturan semula pelaksanaan kurikulum dari sistem kredit kepada sistem berasaskan Outcome Based Education (OBE)
Perubahan-perubahan yang berlaku ini adalah selari dengan perubahan global yang menginginkan agar para pelatih dapat mencapai satu standard dan memenuhi keperluan perkhidmatan yang serba dinamik seiring arus masa kini.
Semoga PPKK dan ILKKM ( Pergigian) Georgetown memperolehi akreditasi penuh bagi melaksanakan Program Diploma Terapi Pergigian ini.
SELAMAT MAJU JAYA BUAT SEMUA
