Lawatan Taksa Pintar PPKK & ILKKM Dan Pesakit Luar

Sempena Hari Kesihatan Mulut Sedunia yang disambut pada 20 Mac setiap tahun, PPKK &ILKKM(P) Georgetown telah mengadakan aktiviti Pendidikan Kesihatan Pergigian di Taska Pintar PPKK&ILKKM yang diketuai oleh Dr Nurasyikin binti Abdurahman dan juga disertai oleh Pegawai Pergigian dan Juruterapi Pergigian. Nasihat Kesihatan Pergigian  juga turut diberikan kepada  pesakit luar yang hadir pada 20 Mac 2024. Antara aktiviti pendidikan kesihatan pergigian yang dijalankan kepada kanak kanak termasuk aktiviti Latihan Memberus Gigi (LMG), permainan interaktif serta aktiviti mewarna.

Diharapkan program ini  dapat memberi kesedaran kepada kanak kanak dan juga orang ramai tentang kepentingan untuk menjaga kesihatan mulut.

Oleh itu, setiap individu hendaklah mengamalkan cara penjagaan kesihatan mulut yang betul seperti memberus gigi,flossing dan pemakanan yang seimbang serta menjalankan pemeriksaan gigi sekurang- kurangnya setahun sekali.

Setinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta dan urusetia yang telah memeriahkan program ini.

#ahappymouthisahappybody

#WOHD2024

Contact Us

No. 3, Jalan Sepoy Lines,
10450 George Town, Pulau Pinang

Tel: 04-229 9233 

  • Last Modified Date: 07 April 2026.

Total Visitor: 86186

QR Code Web Mobile

qrcode ppkk

Disclaimer

The institution will not be responsible for any loss or damage caused by the use of information obtained from this portal.

Copyright Reserved (c) 2022-PPKK & ILKKM (P)