Majlis Perasmian Penutup World Oral Health Day 2024

Pada 25 Mac 2024 telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup World Oral Health Day 2024 Peringkat PPKK &ILKKM (Pergigian). Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah PPKK& ILKKM(P) Georgetown iaitu Dr Nor Haslina binti Mohd Hashim di Auditorium PPKK & ILKKM(P) Georgetown.  

Objektif utama sambutan World Oral Health Day ini adalah untuk menanam dan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mulut untuk kesihatan secara keseluruhan kepada rakyat Malaysia dan juga memperkasakan seluruh warga institusi untuk menjaga kesihatan pergigian sepanjang hayat.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa Majlis Perasmian Penutup World Oral Health Day 2024 adalah ceramah kesihatan pergigian yang bertajuk “A Happy Mouth Is... A Happy Body“, yang disampaikan oleh Dr `Aisyah Binti Mohd Abu Bakar,Timbalan Pengarah Perkhidmatan manakala ceramah bertajuk ”Amalan Puasa dan Kesihatan Pergigian“ pula diberikan oleh Pegawai Pergigian iaitu Dr Basiroh binti Abdullah.  Majlis kemudian diteruskan dengan aktiviti kuiz pergigian untuk para peserta yang dikendalikan oleh Pegawai Pergigian Dr Shardhana Morgan.

Diharapkan  program ini dapat memberi impak yang positif kepada semua peserta dan orang awam dalam memberikan kesedaran untuk terus mengamalkan penjagaan kesihatan pergigian yang optimal seterusnya meningkatkan kualiti hidup yang lebih baik.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang bertungkus-lumus dan semua pihak  yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Perasmian Penutup World Oral Health Day, peringkat PPKK & ILKKM (P) tahun 2024.

A HAPPY MOUTH IS…

A HAPPY BODY

#WOHD2024

#PPKKILKKM(P)GEORGETOWN

Contact Us

No. 3, Jalan Sepoy Lines,
10450 George Town, Pulau Pinang

Tel: 04-229 9233 

  • Last Modified Date: 07 April 2026.

Total Visitor: 86169

QR Code Web Mobile

qrcode ppkk

Disclaimer

The institution will not be responsible for any loss or damage caused by the use of information obtained from this portal.

Copyright Reserved (c) 2022-PPKK & ILKKM (P)