
PROGRAM: MENTAL HEALTH MANAGEMENT AND SUICIDE AMONG TEENAGERS
TEMPAT: DEWAN ANGGERIK BLOK A PPKK DAN ILKKM PERGIGIAN
TARIKH: 8 MAC 2024
Setinggi- tinggi ucapan terima kasih kepada penceramah jemputan En Mohamad Shahezam bin Mohd Sunar di atas perkongsian ilmu berkaitan Pengurusan Kesihatan Mental dan Bunuh Diri Di Kalangan Remaja.
Objektif ceramah ini dilaksanakan bagi tenaga pengajar mengenal pasti tanda- tanda individu mengalami tekanan mental dan pengurusan situasi.
Selain dari tenaga pengajar, Unit Hal Ehwal Pelatih juga menjemput para pelatih Diploma Teknologi Pergigian Tahun 3 Semester II dan Diploma Kejururawatan Pergigian Tahun 3 Semester II sebagai persediaan mereka menghadapi rintangan yang mendatang apabila menjawat sebagai penjawat awam kelak.
Unit Hal Ehwal Pelatih PPKK dan ILKKM (Pergigian) mengucapkan terima kasih kepada En Mohd Ghazali bin Md Aizar yang sudi bertindak sebagai penyelaras kursus pada kali ini.
