

PROGRAM : PELANCARAN TABUNG BANTUAN PALESTINE
TARIKH : 9HB NOVEMBER 2023
LOKASI : SURAU IBNU SINA PPKK & ILKKM PERGIGIAN
Satu pelancaran tabung bagi membantu rakyat Palestine telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau Ibnu Sina PPKK DAN ILKKM PERGIGIAN bersama dengan para pelatih PPKK DAN ILKKM PERGIGIAN.
Pelancaran tabung ini bertujuan memberi sumbangan kecil kepada rakyat Palestine. Selain itu dapat memupuk sifat bersedekah dan menyedari kesukaran kehidupan orang lain.
Aktiviti yang dijalankan adalah:
1. Solat maghrib berjemaah
2. Solat hajat
3. Bacaan qunut nazilah
4. Bacaan Yasin
5. Solat isyak berjemaah
6. Takbir beramai ramai.
Semoga dengan aktiviti ini, dapat memupuk rasa empati dan rasa peduli dikalangan pelatih dan staf institusi.
