PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR PERGIGIAN TAHUN 5 FAKULTI PERGIGIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR PERGIGIAN TAHUN 5 FAKULTI PERGIGIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KE PUSAT PERGIGIAN KANAK-KANAK & ILKKM (PERGIGIAN) GEORGETOWN, PULAU PINANG

Tarikh: 12hb Januari 2023

Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari

Pusat Pergigian Kanak-Kanak & ILKKM (Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang telah menerima kunjungan dari 12 orang pelajar Pergigian Tahun 5 Fakulti Pergigian Universiti Teknologi Mara, Malaysia (UiTM). Lawatan sambil belajar ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pendedahan mengenai sistem latihan dan perkhidmatan yang dilaksakanan di institusi ini.

Sepanjang lawatan ini para pelajar telah diberi taklimat dan penerangan tentang perjalanan aktiviti latihan dan perkhidmatan di institusi. Lawatan ke fasiliti dan kemudahan yang disediakan seperti Bilik Rawatan I, Klinik Khas I dan II, Muzium Warisan, Makmal Besar Juruteknologi Pergigian, Makmal Teknik Operatif Pergigian (TPO) dan perpustakaan telah dilakukan.

Secara keseluruhannya, para peserta lawatan amat berpuas hati dan tertarik dengan segala kemudahan dan sistem pengajaran dan pembelajaran di institusi ini. Diharapkan agar lawatan ini akan dapat memberi sedikit-sebanyak pengetahuan dan manfaat kepada pelajar.

Contact Us

No. 3, Jalan Sepoy Lines,
10450 George Town, Pulau Pinang

Tel: 04-229 9233 

  • Last Modified Date: 07 April 2026.

Total Visitor: 86167

QR Code Web Mobile

qrcode ppkk

Disclaimer

The institution will not be responsible for any loss or damage caused by the use of information obtained from this portal.

Copyright Reserved (c) 2022-PPKK & ILKKM (P)