

















Ringkasan Laporan:
Pada 24 May hingga 28 May 2021 yang lalu, telah diadakan Program Transformasi Minda bagi pelatih-pelatih Pembantu Pembedahan Pergigian ambilan Januari 2019 yang bakal menamatkan pengajian di institusi ini tidak lama lagi.
Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda kepada para pelatih di peringkat awal sebelum dilantik dalam perkhidmatan awam. Selain daripada itu, para pelatih juga diperkenalkan tentang prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam serta disiap sediakan bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan pada masa hadapan.
Program Transformasi Minda ini secara keseluruhannya telah dijalankan secara dalam talian dan penceramah tidak bersemuka dengan para pelatih. Ceramah telah dijalankan melalui pelantar Google Meet.
