

PROGRAM : SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
TARIKH: 27 SEPTEMBER 2023
TEMPAT: AUDITORIUM PPKK&ILKKM PERGIGIAN GEORGETOWN PULAU PINANG
Sempena mengingati kelahiran junjungan besar kekasih Allah, sambutan Malam Maulidur Rasul telah diadakan oleh Gerak Kerja Kerohanian di bawah seliaan Pn Suriani Binti Mamat dan Pn Naziah Binti Md Jasin. Program ini dijayakan oleh pelatih Pembantu Pembedahan Pergigian Ambilan Julai 2023.
Dengan tajuk AKHLAK RASULULLAH PEMANGKIN KEJAYAAN UMMAH, yang disampikan oleh Ustaz Hj Saifulizam bin Hj Hasim telah menarik perhatian para pelatih dengan celoteh beliau yang membawa contoh- contoh dari sirah dan perubatan Islam.
Semoga majlis ini mendalamkan rasa kecintaan kita terhadap junjungan besar Kekasih Allah.
