

PROGRAM: SUNTIKAN HEPATITIS B
TEMPAT: KLINIK KESIHATAN JALAN PERAK
TARIKH: 29 SEPTEMBER 2023
Bagi melengkapi salah satu prosuder di dalam Garis Panduan Fasiliti KKM, pelatih pelatih ILKKM Pergigian telah dilengakapi dengan suntikan Hepatitis B.
Seramai 51 orang pelatih telah dibekalkan dengan suntikan dengan diiringi oleh En Mohd Adzan bin Mohd Adieb.
Menurut En Mohd Adzan beberapa orang pelatih juga telah menunjukkan kelakuan sahsiah terpuji apabila turut menghulurkan bantuan kepada kakitangan untuk membantu memudahkan urusan pesakit di Klinik Kesihatan Jalan Perak ketika sedang menunggu kenderaan untuk pulang ke ILKKM Pergigian Georgetown.
Semoga pelatih pelatih PPKK DAN ILKKM PERGIGIAN terus berbakti dan menerapkan slogan KAMI SEDIA MEMBANTU kepada semua masyarakat.
