Tawaran kemasukan ke Taska Pintar PPKK & ILKKM (Pergigian) sesi 2024
Makluman permohonan kemasukan ke Taska Pintar PPKK & ILKKM (Pergigian) kini telah dibuka bagi sesi 2024 mulai bulan Mac ini. Permohonan adalah terbuka kepada semua kakitangan di sekitar institusi walau bagaimanapun, keutamaan adalah kepada staf PPKK & ILKKM (Pergigian).
Permohonan adalah terbuka kepada anak berumur 2 hingga 4 tahun. Untuk makluman juga bagi pegawai/staf yang berpendapatan isi rumah di bawah RM 7000 layak untuk memohon subsidi yuran pengasuhan taman asuhan kanak- kanak di tempat kerja sektor awam berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.1/2023 (JPA.800-6/2/95 (14)) dan perlu mengemukakan permohonan melalui Bahagian Sumber Manusia jabatan masing-masing.

