PENJAMINAN KUALITI
1. MS ISO 9001:2015
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua warga kerja serta ahli Jawatankuasa ISO PPKK & ILKKM (Pergigian) Georgetown atas komitmen, usaha gigih dan kerjasama yang berterusan dalam memastikan pematuhan kepada keperluan sistem pengurusan kualiti sentiasa terpelihara. Adalah dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown telah berjaya memperoleh perlanjutan pensijilan semula MS ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) bagi tempoh 19 Januari 2025 hingga 18 Januari 2028, yang dianugerahkan oleh CI International Certification Sdn. Bhd.
Audit pensijilan semula ini telah dilaksanakan pada 17 hingga 19 September 2024 oleh tiga orang juruaudit bertauliah dan berpengalaman daripada pihak CI International Certification Sdn. Bhd. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat kepada semua personel untuk terus memperkukuh budaya kualiti dan meningkatkan mutu perkhidmatan serta latihan di institusi ini secara berterusan.
INOVASI KREATIF
Institusi ini telah melaksanakan program pembudayaan inovasi kreatif sejak awal penubuhan lagi. Aktiviti pembudayaan inovasi kreatif semakin aktif dengan penyertaan dalam pertandingan peringkat Program Kesihatan Pergigian, KKM sejak tahun 2021.
Aktiviti Tahunan Inovasi Kreatif
- Taklimat pengenalan kepada inovasi kreatif.
- Bengkel inovasi kreatif dalaman/luaran.
- Menghasilkan produk/proses/teknologi inovasi kreatif beserta kertas kerja dan laporan.
- Mengambil bahagian dalam pertandingan/konvensyen yang dianjurkan oleh mana-mana pihak berkaitan.
Strategi
- Memastikan pembudayaan inovasi kreatif dilaksanakan sepanjang tahun di peringkat institusi.
- Mengaplikasikan hasil inovasi kreatif untuk menambah baik perkhidmatan institusi.
Gambar Aktiviti Inovasi

PROGRAM KEPASTIAN KUALITI (QAP)
National Indicator Approach (NIA), District Specific Approach (DSA) dan Key Performance Indicator (KPI) merupakan instrumen penilaian prestasi yang penting bagi menilai tahap keberkesanan pelaksanaan program serta penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian. Pelaksanaan ini bertujuan untuk memastikan setiap perkhidmatan yang diberikan mematuhi standard kualiti yang ditetapkan, bersifat efisien serta berupaya meningkatkan status kesihatan oral masyarakat, selaras dengan visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta objektif Program Kesihatan Pergigian. Prestasi pencapaian NIA, DSA dan KPI dipantau secara berkala di Institusi ini, dan tindakan penambahbaikan juga dilaksanakan terhadap mana-mana indikator yang tidak mencapai sasaran.
National Indicator Approach (NIA) Tahun 2026
| PETUNJUK | SASARAN |
|
1. Peratus murid sekolah rendah mengekalkan status tidak perlu rawatan (TPR)
|
> 65%
|
| 2. Peratus murid sekolah menengah mengekalkan status tidak perlu rawatan (TPR) | > 75% |
|
3. Peratus kanak-kanak bawah umur 5 tahun mempunyai mulut bebas karies (MBK)
|
> 90%
|
District Specific Approach (DSA) Tahun 2026
| PETUNJUK | SASARAN |
|
1. Peratus sekolah rendah dilawat
|
100%
|
| 2. Peratus sekolah menengah dilawati |
100%
|
|
3. Peratus murid-murid sekolah rendah dirawat dan kes selesai
|
> 65% |
| 4. Peratus murid-murid sekolah menengah dirawat dan kes selesai |
> 70%
|
|
5. Peratusan kes yang dirujuk dari Bilik Rawatan (pelatih) Ke Klinik Khas (Pegawai Pergigian) dirawat.
|
> 80%
|
Key Performance Indicator (KPI) Tahun 2026
| PETUNJUK | SASARAN |
|
1. Peratus penggunaan kemudahan kesihatan pergigian kerajaan oleh penduduk
|
> 25 %
|
| 2. Peratus Klinik Kesihatan (KK) yang mempunyai Komponen Klinik Pergigian |
>56 %
|
|
3. Peratus toddler dengan status maintaining orally-fit
|
> 78 %
|
| 4. Peratus ibu mengandung dan ibu postnatal mencapai status orally-fit |
> 48 %
|
|
5. Peratus murid 12 tahun bebas penyakit karies gigi
|
> 75.55 %
|
| 6. Peratus murid 16 tahun bebas penyakit karies gigi |
> 56.97 %
|
|
7. Peratus pesakit warga emas mendapat dentur dalam tempoh 8 minggu
|
> 80 %
|
| 8. Peratus kajian memberi impak tinggi kepada perkhidmatan kesihatan pergigian |
> 25 %
|
|
9. Peratus proposal kajian melepasi penilaian PKP KKM tanpa pindaan signifikan
|
> 40 %
|
| 10. Peratus tampalan sewarna gigi yang dilakukan oleh operator pergigian |
> 99 %
|
|
11. Peratus liputan murid sekolah disaring amalan merokok melalui Program KOTAK
|
> 95 %
|
| 12. Peratus murid sekolah rendah berhenti merokok selepas intervensi |
> 35 %
|
|
13. Bilangan bahan pendidikan kesihatan pergigian yang mendapat sekurang-kurangnya 500 reach di laman rasmi
Facebook Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri/ILKKM (Pergigian) dalam setahun
|
> 24 bahan / tahun
|
| 14. Bilangan video promosi kesihatan pergigian dimuat naik di TikTok rasmi Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri/ILKKM (Pergigian) dalam setahun |
> 12 video / tahun
|
|
15. Peratus daerah / bahagian / kawasan / zon yang menjalankan sekurang-kurangnya lapan (8) program / projek / acara melibatkan Ikon Gigi dalam tempoh setahun
|
> 80 %
|
| 16. Peratus toddler yang diindikasi diberi rawatan sapuan varnis fluorida |
> 90 %
|
|
17. Peratus gigi yang diindikasi diberi rawatan pengapan fisur
|
> 90 %
|
| 18. Peratus gigi yang tidak mempunyai pembentukan karies setelah diberi rawatan fissure sealant |
> 97 %
|
|
19. Peratus pesakit yang mempunyai lesi mulut menghadiri janji temu di klinik pergigian pakar
|
> 88 %
|
| 20. Peratus klinik pergigian dengan pensijilan MS ISO yang sah laku |
> 95 %
|
|
21. Peratus pelanggan sangat berpuas hati dengan perkhidmatan kesihatan pergigian yang diterima
|
> 50 %
|
| 22. Pembudayaan inovasi di Klinik Pergigian |
> 97 %
|
|
23. Peratus aduan di mana pengadu berpuas hati dengan tindakan penyelesaian yang diambil
|
> 95 %
|
|
24. Peratus aduan pengamalan pergigian yang diambil tindakan penguatkuasaan dalam tempoh 6 bulan
|
> 70 %
|
KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN
PPKK & ILKKM (Pergigian) komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan kami.Kajian ini dijalankan mengikut kumpulan sasaran secara berterusan di PPKK & ILKKM (Pergigian) bagi menilai tahap kepuasan pelanggan luaran dan dalaman terhadap pengurusan dan perkhidmatan pergigian yang diberi.Kajian ini dijalankan agar penambahbaikan berterusan bagi perkhidmatan pergigian yang disediakan tercapai. Hasil kajian akan dibentangkan dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) pada peringkat institusi untuk perbincangan tindakan pembetulan / penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Kategori Pelanggan
Luaran
- Pesakit Luar
- Pegawai Pergigian Daerah (Stakeholders)
- Murid Sekolah
- Ibu Bapa/ Penjaga
- Guru Sekolah
Dalaman
- Staf
- Pelatih
PATIENT SAFETY GOALS 2.0
Malaysian patient Safety Goals telah diperkenalkan untuk mendorong dan memberi motivasi kepada organisasi penjagaan kesihatan di Malaysia dalam meningkatkan keselamatan pesakit. Pelaksanaan Patient Safety Goals di PPKK & ILKKM (P) dikawal selia di bawah unit PSG bagi memastikan keselamatan pesakit sentiasa diutamakan.
Philosophy Of Malaysian Patient Safety Goals
- “Primum non nocere (First do no harm)”.
- “Patient safety should be given a prime importance in healthcare”.
- “Preventable adverse event should be avoided at all costs”.
7 Patient Safety Goals
- Infection prevention & control
- Surgical safety “safe surgery save lives”
- Medication Safety
- Transfusion safety
- Patient Fall Prevention
- Correct Patient Identification
- Incident reporting & learning system
Patient Safety Goals di PPKK & ILKKM (P)
1. Medication Without Harm
- Membangun dan meningkatkan dasar dan garis panduan yang berkaitan dengan keselamatan penggunaan ubat-ubatan.
- Memantau dan tingkatkan sistem pengurusan dan amalan perubatan.
2. Patient Fall Prevention
- Mewujudkan kesedaran tentang kepentingan Patient Fall Preventionkepada kakitangan, pesakit dan ahli keluarga.
- Perbincangan antara kakitangan tentang strategi pengurangan risiko untuk mencegah Patient Fall.
- Menjadikan persekitaran lebih selamat untuk mengurangkan risiko Patient Fall.
3. Correct Patient Identification
- Melaksanakan penggunaan sekurang-kurangnya dua identifiers(cth: Nama penuh pesakit, No Pendaftaran atau Nombor Kad Pengenalan) sebelum menjalankan prosedur atau rawatan.
- Siasat dan laporkan insiden yang melibatkan Wrong Patient Identificationmenggunakan Sistem Pembelajaran & Laporan Kejadian Insiden.
4. Incident reporting & learning system
- Pemantauan secara berterusan akan dijalankan pada setiap bulan di institusi ini mengikut Malaysian Patient Safety Goals 2.0dan dilaporkan ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
- Sesi kesedaran dan kursus akan dijalankan setiap tahun di institusi untuk kakitangan pergigian mengenai Patient Safety Goalsbaharu atau terkini
Aktiviti-aktiviti Patient Safety Goals di PPKK & ILKKM (P)
- Unit Keselamatan Pesakit PPKK & ILKKM (Pergigian) Georgetown telah menganjurkan sebuah bengkel sempena Hari Keselamatan Pesakit Sedunia pada 10 September 2025, bermula jam 8:15 pagi hingga 12:15 tengah hari. Bengkel ini diadakan di Auditorium PPKK & ILKKM (P).
- Hari Keselamatan Pesakit Sedunia disambut pada September setiap tahun dan tema yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah "Safe care for every newborn and every child" dengan slogan "Patient safety from the start!". Tema ini selari dengan seruan WHO dalam usaha menghapuskan kemudaratan yang boleh dicegah dengan memacu penambahbaikan yang berkesan seterusnya memastikan hak kanak-kanak untuk menerima penjagaan kesihatan yang selamat dan berkualiti tinggi adalah terjamin.
- Bengkel ini telah dihadiri seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan dan personel kesihatan.PF Tan Yen Lynn,Farmasi Dari Hospital Pulau Pinang,telah dijemput khas,buat kali pertama untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam bidang kesilapan ubatan. Matron Vanisree A/P Raja Gopal berkongsi ilmu tentang kebersihan tangan manakala Dr Lee Pei Ling mengajar tentang kes-kes medikolegal dan pengurusannya .
- Pihak institusi ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Syabas dan tahniah kepada kesemua 32 peserta and ahli jawatan kuasa yang telah mengambil bahagian secara aktif. Diharapkan agar ilmu dan pendedahan yang diperoleh dapat diaplikasikan dan disebarluaskan dalam amalan harian, demi memastikan keselamatan pesakit sentiasa menjadi keutamaan dalam perkhidmatan yang kita berikan.

Garis Panduan Berkaitan (pautan https://patientsafety.moh.gov.my/v2/?page_id=60) :
- Quick Guide Preventing Prescription Error
- Guidelines on Implementation Incident Reporting Learning System 2.0
- Guidelines on "Patient Falls Prevention & Intervention Programme"
- Malaysian Patient Safety Goals 2.0

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (JKK)
Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) di PPKK & ILKKM(P) bertujuan memastikan keselamatan, kesihatan, dan kebajikan pekerja di tempat kerja terjamin serta melindungi mereka daripada risiko pekerjaan. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab memastikan pematuhan terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan peraturan-peraturan berkaitan. Bagi mencapai objektif ini, semua kakitangan pergigian di institusi ini diwajibkan mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), khususnya yang melibatkan aspek keselamatan dan kesihatan dalam amalan pergigian.
Subunit Jawatankuasa Keselamtan dan Kesihatan Pekerjaaan (JKK)
- Advokasi & Amalan baik
- Latihan
- Pemeriksaan / Penilaian/ Audit
- Notifikasi dan Siasatan
- Emergency Response Team (ERT) & Promosi Keselamatan
- Promosi Kesihatan & KOSPEN
Garis Panduan Berkaitan
- Guidelines On Infection Control In Dental Practice 2017 (pautan https://drive.google.com/file/d/1kUivkEMHBO96uiQdhu24C9JCKrhBgE72/view)
- Guidelines For Occupational Safety and Health In The Dental Laboratory 2nd Edition (pautan https://hq.moh.gov.my/ohp/images/pdf/xtvtnsop/Guidelines_For_Occupational_Safety_and_Health_in_the_Dental_Laboratory_2ndEdi.pdf)
- Guidelines On Radiation Safety In Dentistry 2010 (pautan https://drive.google.com/file/d/1eWmXoO-yM4NideBIY5Cm7f46hxaSg63a/view)
- Methods Of Disposal Of Hypodermic Needles 2013 (pautan https://drive.google.com/file/d/1mFrC_iMxoSKkC1llYa56O_xaYV4TztOO/view)
- Guidelines Position Statement On The Use Of Dental Amalgam 2020 (pautan https://drive.google.com/file/d/1NMLKjqby7WL_KukM1YX41sYgKZTQg3P_/view)
- Sharps Injury Surveillance Manual by Occupational Health Unit 2007
Aktiviti-Aktiviti
- Kursus, taklimat dan latihan diadakan dari semasa ke semasa untuk mendedahkan kakitangan pergigian kepada garis panduan baharu dan terkini.
- Audit keselamatan dan kesihatan dilaksanakan setiap tahun di institusi ini dengan menggunakan Senarai Semak JKKP Kementerian Kesihatan (KKM).
- Siasatan dan pelaporan insiden kecederaan / kemalangan /penyakit akibat pekerjaan / keracunan bahan kimia atau kekerasan di kalangan anggota dijalankan menggunakan borang seperti yang dikeluarkan oleh KKM.
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)
EKSA diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam oleh pihak MAMPU dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam. Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga PPKK & ILKKM (P) Georgetown.
Objektif EKSA
- Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih, kemas dan selesa pada setiap masa.
- Membantu meningkatkan disiplin diri dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga PPKK & ILKKM (Pergigian).
- Membantu meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan dan latihan yang ditawarkan.
Logo EKSA

Sijil Pengiktirafan EKSA

Pemenang EKSA bagi setiap kategori tahun 2025.

Garis Panduan EKSA

Pengwujudan Zon EKSA
- Perkhidmatan
- Latihan JP
- Latihan JT
- Latihan PPP
- Latihan Pos Basik
- Pengurusan
Aktiviti EKSA

BUDAYA KORPORAT KKM
Budaya korporat merupakan nadi utama yang membentuk identiti dan hala tuju sesebuah organisasi. Bagi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), budaya korporat bukan sekadar slogan, tetapi amalan harian yang memandu setiap anggota dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

1. Simbolisme Logo Budaya Korporat
Setiap elemen dalam logo budaya korporat KKM membawa makna mendalam:
- Latar Belakang Putih: Melambangkan kebersihan, keikhlasan, dan kesungguhan anggota KKM dalam menjalankan tugas.
- Hati Berwarna Merah: Melambangkan semangat dan komitmen untuk sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan.
- Sentuhan di Hati: Menunjukkan kelembutan, kemesraan, dan keprihatinan dalam setiap interaksi dengan pesakit.
- Tangan: Melambangkan keikhlasan dan kesediaan anggota untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan.
2. Moto “Kami Sedia Membantu”
Moto ini menjadi pegangan seluruh warga KKM. Ia menggariskan tiga prinsip utama:
- Kami: Semua anggota bekerjasama sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama.
- Sedia: Sentiasa bersiap sedia untuk memberikan perkhidmatan secara profesional.
- Membantu: Memberikan bantuan dengan penuh keikhlasan dan dedikasi.
3. Komitmen Terhadap Perkhidmatan
KKM komited untuk:
- Memberikan perkhidmatan kepada setiap pesakit dengan kemesraan, kejujuran, dan keikhlasan.
- Menyediakan perkhidmatan yang efektif, profesional, mudah didekati, dan bersopan santun.
- Bekerja sebagai satu pasukan demi memastikan perkhidmatan yang efisien, efektif, dan produktif.
Kesimpulan
Budaya korporat KKM bukan sahaja mencerminkan nilai-nilai murni, malah menjadi panduan dalam setiap tindakan dan keputusan. Dengan berpegang teguh kepada elemen-elemen ini, KKM terus komited untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang cemerlang dan dipercayai oleh seluruh rakyat Malaysia.
Aktiviti Tahun 2025



CLINICAL MONITORING
Pemantauan klinikal diwujudkan untuk memantau dua aspek klinikal iaitu pengurusan kad rawatan dan penyampaian rawatan. Ini adalah sejajar dengan matlamat Program Kesihatan Pergigian (PKP) untuk memastikan perkhidmatan pergigian klinikal yang diberikan oleh anggota pergigian adalah selamat dan mengikut prosedur demi mencapai kesihatan mulut yang optimum sekaligus meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.
Objektif Umum
- Memastikan kualiti penyampaian pergigian primer dan perkhidmatan pergigian inkremental sekolah berada di tahap optimum
Objektif Khusus
- Memastikan ketepatan rekod dan pengurusan kad rawatan mematuhi arahan
- Memastikan penyampaian dan kesempurnaaan rawatan yang diberi berpandukan pelan rawatan yang tepat
Garis Panduan
- PANDUAN PEMANTAUAN KLINIKAL Julai 2022 (Pindaan 2024)

