PERHIMPUNAN BULANAN DAN AMANAT TAHUN BARU 2025

PERHIMPUNAN BULANAN DAN AMANAT TAHUN BARU 2025

 

Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun Baru 2025 peringkat PPKK & ILKKM (P) telah diadakan pada pagi ini, 6 Januari 2025 (Isnin). Perhimpunan ini melibatkan 172 anggota dan 193 pelatih Program Diploma Juruterapi Pergigian, Teknologi Pergigian, dan Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian Lagu Negaraku, Untuk Negeri Kita dan Lagu ILKKM yang baharu diikuti dengan Lafaz Ikrar oleh Encik Muhammad Syurabil.

Dalam amanat tahun baru, Puan Pengarah mengingatkan semua anggota dan pelatih supaya memegang nilai H.E.M.A.T, yang merujuk kepada kewaspadaan dalam tindakan serta ketelitian dalam pelaksanaan segala tugas yang diamanahkan, sebagai panduan dalam menyampaikan perkhidmatan yang bermutu kepada rakyat. Selain itu, beliau juga turut menekankan tentang aspek kemakmuran kesihatan awam dan komuniti, transformasi ke arah pendigitalan perkhidmatan kesihatan, meneruskan pemantapan infrastruktur, dan menggalakkan penglibatan semua anggota dalam apa jua penganjuran untuk menjulang nama PPKK & ILKKM ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebagai satu-satunya institusi yang melahirkan auksilari pergigian di Malaysia, Puan Pengarah turut menyentuh tentang Strategi 5 P’s of Governance. Beliau berharap semua tenaga akademik lebih bersemangat dalam mendidik pelatih pada tahun 2025 supaya PPKK & ILKKM (P) bukan sahaja dapat melahirkan pelatih yang berkemahiran dan berkualiti, namun harus memiliki sahsiah yang tinggi.

Satu Ceramah Pemeriksaan Pergigian Berkala turut disampaikan oleh Dr. Shardana Morgan menjadi satu pengisian ilmu yang bermanfaat. Beliau menekankan pemeriksaan pergigian harus menjadi rutin sekurang-kurangnya setahun sekali selari dengan matlamat perkhidmatan kesihatan pergigian iaitu menggalakkan individu, keluarga dan masyarakat mencapai tahap kesihatan pergigian optimum.

Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian Lagu PPKK & KLPMku dan majlis bersurai pada jam 8:45 pagi.

perhimpunan1

perhimpunan2

perhimpunan3

Hubungi Kami

No. 3, Jalan Sepoy Lines,
10450 George Town, Pulau Pinang

Tel: 04-229 9233 

  • Tarikh Akhir Kemaskini: 05 Februari 2025.

Jumlah Pengunjung: 55455

QR Code Web Mobile

qrcode ppkk

Penafian

Pihak institusi tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara (c) 2022-PPKK & ILKKM(P)