Perkhidmatan Kesihatan Pergigian

Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Pergigian

Pusat Pergigian Kanak-kanak & ILKKM (Pergigian) Georgertown turut menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan pergigian kepada masyarakat sekitar. Perkhidmatan yang disediakan ialah Penjagaan Kesihatan Pergigian Primer dan Kepakaran (Ortodontik sahaja).

Aktiviti-aktiviti perkhidmatan yang dirancang dan dilaksanakan adalah selari dengan matlamat Pelan Strategik KKM dan Pelan Tindakan dirangka oleh Program Kesihatan Pergigian KKM.

2.1 Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Yang Disediakan

  1. Pemeriksaan pergigian
  2. Pendidikan kesihatan pergigian
  3. Penskaleran
  4. Sapuan fluorida
  5. Pengapan fisur
  6. Tampalan sementara
  7. Tampalan gigi desidus /  gigi kekal
  8. Rawatan saluran akar ( endodontik )
  9. Cabutan gigi
  10. Pembedahan kecil mulut
  11. Pembuatan gigi palsu penuh / sebahagian

2.2 Jadual Klinik Pesakit Luar

HARI

WAKTU

Isnin - Khamis

8 pagi - 1 tengah hari

2 petang - 5 petang

 Jumaat

8 pagi - 12.45 tengah hari

2.45 petang - 5 petang

 *Sila datang 30min lebih awal untuk pendaftaran.

      2.2.1 Tempahan Janji Temu Walk in

      Orang awam yang ingin datang ke klinik pergigian primer sila membuat tempahan janji temu walk in dalam aplikasi MySejahtera.              

     Cara tempahan boleh merujuk kepada :

  1. https://ppkkklpm.moh.gov.my/images/PDF/Artikel/Buting%20MySejahtera%20LATEST.pdf
  2. https://drive.google.com/file/d/1x1KyQh53qVI6k4Ob8k-aW6bhy6l-lpZm/view

Orang awam diingatkan untuk membawa dokumen secara fizikal bagi tujuan pendaftaran:

  • MyKid / MyKad /Sijil Kelahiran / Pasport
  • Kad Pesara / OKU
  • Kad Tentera / Polis
  • Surat Akaun Sekolah
  • Surat Akaun Jabatan
  • Kad Temujanji / Pesanan Ringkas (SMS / Whatsapp)

Kegagalan menyediakan dokumen berkaitan boleh menyebabkan kesulitan semasa pendaftaran.

2.3 Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Primer

Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Primer dilaksanakan kepada kumpulan sasar yang terdiri dari 'toddler', kanak-kanak prasekolah, pelajar Sekolah Rendah & Menengah, dewasa muda, ibu mengandung, kanak-kanak Istimewa, dewasa dan warga emas.

      2.3.1 Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Kanak-kanak Pra Sekolah

Penjagaan kesihatan pergigian kanak-kanak Pra Sekolah meliputi kanak-kanak berusia 0-4 tahun (kanak-kanak taska) dan kanak berusia 5-6 tahun (kanak-kanak tadika & prasekolah) di sekitar Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

Objektif perkhidmatan secara khususnya adalah bagi memastikan kanak-kanak bebas penyakit pergigian dan mencapai tahap kesihatan pergigian yang optimum; dan secara amnya bagi memastikan kanak-kanak menjalani kualiti hidup yang lebih baik.

Lawatan ke taska / tadika diadakan sebanyak 2 kali setahun bagi menjalankan pemeriksaan pergigian dan aktiviti penggalakan kesihatan pergigian. Rawatan pencegahan serta rawatan pergigian klinikal akan diberi mengikut keperluan. Aktiviti-aktiviti di atas dilaksanakan oleh Juruterapi Pergigian terlatih.

     2.3.2 Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Murid Sekolah

Penjagaan kesihatan pergigian murid sekolah meliputi murid Sekolah Rendah (berusia 7-12 tahun) dan murid Sekolah Menengah (13-17 tahun) di sekitar Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.Perkhidmatan ini dilaksanakan secara incremental, sistematik dan komprehensif melalui Pasukan Pergigian Bergerak (lawatan ke sekolah berdasarkan Penilaian Risiko Sekolah) dan perkhidmatan ‘shuttle’ (rawatan di institusi).


Objektif perkhidmatan ialah memastikan murid sekolah bebas penyakit pergigian dan mencapai tahap kesihatan pergigian yang optimum agar dapat menjalani kehidupan yang lebih berkualiti. Perkhidmatan di atas dijalankan oleh Pegawai Pergigian, Juruterapi Pergigian dan dibantu oleh anggota sokongan yang lain. Bagi tujuan latihan di institusi, rawatan dijalankan oleh pelatih juruterapi pergigian di bawah pemantauan dan seliaan Pegawai Pergigian, Pengajar dan Clinical Instructor (Juruterapi Pergigian Terlatih).

     2.3.3 Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Ibu Mengandung

Institusi ini turut melaksanakan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada ibu-ibu mengandung untuk memastikan tahap kesihatan pergigian yang optima sepanjang tempoh mengandung. Pemeriksaan pergigian akan dilakukan dan rawatan yang sewajarnya akan diberi.

Ibu Mengandung dinasihatkan membawa Buku Pemeriksaan Kesihatan Ibu dari Hospital / Klinik Kesihatan Kerajaan.

    2.3.4 Perkhidmatan Pergigian Pesakit Luar

Perkhidmatan Kesihatan Pergigian untuk pesakit luar disediakan berdasarkan kepada keperluan dan permintaan. Pemeriksaan pergigian dan rawatan pergigian yang sewajarnya akan diberikan mengikut kesesuaian. Kes-kes kompleks yang memerlukan khidmat kepakaran akan dirujuk kepada pakar pergigian untuk rawatan lanjut.

Institusi ini dilengkapi dengan bilik-bilik rawatan dan peralatan pergigian yang berteknologi sesuai untuk memberi perkhidmatan pergigian yang optimum kepada orang awam mengikut jadual Klinik Pesakit Luar yang telah ditetapkan.

Perkhidmatan Pesakit Luar dijalankan oleh personel pergigian terlatih yang terdiri dari Pegawai Pergigian, Juruterapi Pergigian, Juruteknologi Pergigian Pembantu Pembedahan Pergigian & Pembantu Perawatan Kesihatan.

    2.3.5 Perkhidmatan Pergigian Dewasa Muda

Dewasa muda merupakan golongan orang antara umur 15-29 tahun. Kumpulan sasaran ini biasa terdiri daripada murid sekolah menengah (15-17 tahun), murid Tingkatan Enam, pelajar Kolej Vokasional dan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi. Kesedaran dan penjagaan kesihatan oral di kalangan dewasa muda adalah sangat penting untuk menjamin kesihatan oral yang optima.

     2.3.6 Penjagaan Kesihatan Pergigian Warga Emas

Program ini disasarkan kepada warga emas bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan pergigian khasnya dan kualiti kehidupan warga emas amnya.

Program yang dijalankan berbentuk pemeriksaan pergigian, rawatan serta kempen kesedaran kesihatan pergigian dan amalan penjagaan kendiri yang bersesuaian kepada warga emas termasuk penjaga.

     2.3.7  Pencegahan Klinikal

Aktiviti pencegahan klinikal dilaksanakan bagi mencegah kejadian gigi berlubang (karies) di kalangan kanak-kanak. Antara inisatif yang dilaksanakan ialah:

    • Sapuan Fluorida
    • Pengapan Fisur
    • Preventive Resin Restoration (PRR)

yang dilakukan mengikut penilaian risiko karies selari dengan Garis Panduan Prevention of Dental Caries for Lifelong Smiles.

      2.3.8 Penggalakan Kesihatan Pergigian

Aktiviti Penggalakan Kesihatan Pergigian bertujuan memperkasakan individu, keluarga dan komuniti (dari segi pengetahuan dan kemahiran) agar berupaya menjaga kesihatan pergigian diri sendiri serta orang lain di bawah jagaannya ke arah mencapai tahap kesihatan pergigian yang lebih baik
Pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan mengikut kumpulan sasar bagi memastikan mesej Kesihatan Pergigian disampaikan secara berkesan melalui:

    • Pendidikan Kesihatan Pergigian (semua kumpulan sasar)
    • Intervensi Berhenti Merokok ( murid sekolah)
    • Berus Gigi Berkesan-BEGIN (murid sekolah)
    • Bengkel Kesihatah Pergigian Untuk Guru Sekolah & Prasekolah
    • Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MPKP)
    • Minggu Kesedaran Kanser Mulut (MCAW)
    • Kempen Pemeriksaan Gigi Sekurang-kurangnya Sekali Setahun (PEPS1S), kolaborasi bersama agensi luar dan lain-lain.
    • Klinik Pergigian Mesra Promosi (KPMP)


A) Ikon Gigi

ikon gigi


B) My Brush Hour

my brush hour

my brush hour1

my brush hour 2

C) Klinik Pergigian Mesra Promosi (KPMP)

kpmp
kpmp2

 

D) Mouth Cancer Awareness Month (MCAM)

mouth cancer

 

E) Latihan Memberus Gigi Berkesan (BEGIN)

begin

 

F) Minggu Promosi Kesihatan Pergigian

minggu promosi

minggu promosi2

 

F) Bengkel Guru Taska, Tadika dan Prasekolah

bengkel

 

 2.4 Perkhidmatan Kepakaran

    2.4.1 Kepakaran Ortodontik

Institusi ini turut menyediakan perkhidmatan Kepakaran Ortodontik bagi membetulkan kedudukan gigi-gigi yang tumbuh secara tidak sekata. Kes-kes yang akan dirawat perlu diperiksa oleh Pegawai Pergigian terlebih dahulu sebelum dirujuk ke Unit Ortodontik.

Perkhidmatan Kepakaran Ortodontik diketuai oleh seorang Pakar Ortodontik terlatih dan dibantu oleh personel pergigian yang lain.

2.5 Bayaran Tanpa Tunai

Orang awam digalakkan dan diberi pilihan untuk membayar caj pendaftaran dan rawatan pergigian tanpa tunai dengan kad kredit atau kad debit sahaja. Bayaran secara E-wallet belum bermula secara rasmi di institusi ini.

 bayaran tanpa tunai   

2.6 Prasarana

 imej 1

 Klinik Khas IV/V/VI

imej2

Klinik Pakar Ortodontik

 

 

 

 

 

 

 

Hubungi Kami

No. 3, Jalan Sepoy Lines,
10450 George Town, Pulau Pinang

Tel: 04-229 9233 

  • Tarikh Akhir Kemaskini: 07 April 2026.

Jumlah Pengunjung: 86177

QR Code Web Mobile

qrcode ppkk

Penafian

Pihak institusi tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara (c) 2022-PPKK & ILKKM(P)