Program Latihan

i. Latihan

a. Diploma Terapi Pergigian

Pengenalan

Juruterapi Pergigian membantu melengkapkan khidmat Pegawai Pergigian terutama didalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada populasi yang disasarkan iaitu kanak-kanak tadika dan murid-murid sekolah untuk memastikan tahap kesihatan mulut yang optimum.

Rawatan yang diberikan meliputi tampalan dan cabutan gigi susu serta aktiviti pencegahan dan pendidikan kesihatan pergigian.

Sejarah

Tahun 1948 : Kerajaan Malaysia telah menubuhkan skim Jururawat Pergigian yang berdasarkan skim dari New Zealand.

Tahun 1949 :  Sekolah Latihan Pergigian telah ditubuhkan di Hospital Pulau Pinang dan  ada permulaannya 5 orang Jururawat Perubatan diambil menjalani latihan selama setahun lagi untuk menjadi Jururawat Kesihatan Umum (Pergigian).

Tahun 1952 : Seramai 15 orang dari lepasan sekolah menjalani latihan selama 3 tahun 4 bulan dan tamat  pengajian pada tahun 1955 menjadi Jururawat Pergigian.

Tahun 1996 : Pengiktirafan Sijil Kejururawatan Pergigian ke Diploma Kejururawatan Pergigian.

Tahun 2004 : Pelaksanaan Kurikulum Sistem Kredit Diploma Kejururawatan Pergigian serta latihan penggunaan hanpis berkelajuan tinggi kepada pelatih Jururawat Pergigian.

Tahun 2017 : Penjenamaan semula Skim Jururawat Pergigian kepada Juruterapi Pergigian.

Tahun 2021 : Kurikulum Diploma Terapi Pergigian dengan pendekatan Outcome Based Education mula digunapakai.

 

Para Lepasan Pelatih Juruterapi Pergigian Dari PPKK & ILKKM (PERGIGIAN) GEORGETOWN, PULAU PINANG

Tahun

Tempoh

Bilangan

1950 - 1959

10 Tahun

113

1960 - 1969

10 Tahun

278

1970 - 1979

10 Tahun

488

1980 - 1989

10 Tahun

517

1990 - 1999

10 Tahun

568

2000 - 2009

10 Tahun

1252

2010 - 2019

10 Tahun

1125

2020 - 2021

2 Tahun

150

Jumlah

72 Tahun

4491

 

Deskripsi Program

Name program

Diploma Terapi Pergigian

Aras MQF

4

Bidang Pengajian

Diploma

Bahasa Pengantar

Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris

Mode Pengajian

Sepenuh Masa

Mode Penyampaian

Bersemuka

Kaedah Penyampaian  

Syarahan / Tutorial / Praktikal / Klinikal dll.

Tempoh Pengajian 

•       3 Tahun atau 6 Semester

•       2 tahun 4 bulan di Institutsi &  8 bulan di Pusat Latihan Amali

Syarat kemasukan 

•       Kelayakan minimum SPM, dan;

•       Minimum lima (5) kepujian dalam mata pelajaran Biologi, Kimia, Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

 

Struktur Umum Semester

Minggu

Bilangan Minggu

Aktiviti

1

1

Pendaftaran / Orientasi

2 - 9

8

Teori / Klinikal

10

1

Cuti Pertengahan Semester

11 - 19

9

Teori / Klinikal

20

1

Minggu Projek dan Ulangkaji

21 - 23

3

Peperiksaan Akhir Semester

24 - 26

3

Cuti Akhir Semester

 

Struktur Kurikulum 

Subjek

Tahun 1 Semester 1

Tahun 1 Semester 2

English For  Health Care Provider  I

English For  Health Care Provider  II

Professional Skills Development I

Professional Skills Development II

Health Sociology and Psychology

Law, Ethic and Professionalism in Health Care

Intro to Human Structure and Function

Conservative Dentistry II

Occupational Safety And Health

Dental Biosafety

Dental Anatomy

Clinical Management I

Conservative Dentistry I

Oral Pathology

Head & Neck Anatomy

Preventive Dentistry

Clinical Practice I

Clinical Practice II

 

Subjek

Tahun 2 Semester 1

Tahun 2 Semester 2

Oral Surgery & Drugs Related

Basic Research Methodology and Statistic

General Pathology

Community Oral Health

Specialised Dentistry

Clinical Management II

Clinical Practice III

Clinical Practice V

Clinical Practice IV

Clinical Practice VI

Tahun 3 Semester 1

Tahun 3 Semester 2

Clinical Practice VII 

Clinical Management III

Clinical Practice VIII 

Oral Epidemiology

Clinical Practice IX 

Clinical Practice X

-

Clinical Practice XI 

Co-Curriculum

 

Prasarana

prasarana jp

 

prasarana jp2

 

ii. Pos Basik

a. Kursus

Pengenalan

Kursus Pos Basik merupakan tawaran latihan dalam perkhidmatan di peringkat Sijil Pos Basik dan Diploma Lanjutan. Latihan adalah dibuka kepada pegawai yang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Swasta. Pengambilan pelatih baharu Kursus Pos Basik dilaksanakan satu (1) kali setiap tahun pada Sesi September pada tahun semasa. Tawaran iklan Kursus Pos Basik Pergigian dilaksanakan sebanyak satu (1) kali setahun iaitu pada bulan Jun-Ogos (Sesi September). Iklan Tawaran Kursus Pos Basik dilaksanakan melalui surat edaran kepada JKN, Pengarah Hospital, Institut Latihan, Ketua-Ketua Perkhidmatan dan Ketua-Ketua Bidang serta secara talian di dalam portal BPL, KKM (http://eldp.moh.gov.my), Postmaster KKM serta saluran media sosial KKM.

Latar Belakang

Pelaksanaan Kursus Pos Basik/Lanjutan bagi Juruterapi Pergigian dan Juruteknologi Pergigian telah mula diperkenalkan di Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Institusi Latihan KKM (Pergigian) Georgetown bermula pada tahun 1993.Sehingga kini, institusi telah menghasilkan seramai 826 pelatih Kursus Pos Basik telah lulus dan bergraduasi setakat tahun 2022.

KURSUS YANG DITAWARKAN TAHUN PELAKSANAAN BILANGAN GRADUAN
 Kursus Sijil Pos Basik Pengurusan Kelengkapan Pra Rawatan Pergigian bagi Juruteknologi Pergigian 1993  126
 Sijil Pos Basik Kanak-Kanak Istimewa bagi Juruterapi Pergigian 1993  89
 Sijil Pos Basik Prostodontik Geriatik bagi Juruteknologi Pergigian 1994,1996  128
 Sijil Pos Basik Teknik Membantu Rawatan Pergigian bagi Pembantu pembedahan Pergigian 1997 26 
 Sijil Pos Basik Bedah Mulut bagi Juruterapi Pergigian 2004  15
 Sijil Pos Basik Periodontik bagi Juruterapi Pergigian

2002,2006,2009,2012, 2013,2017

 127
 Sijil Pos Basik Ortodontik bagi Juruterapi Pergigian

1999, 2005, 2008,2018

 83

 Sijil Pos Basik Pediatrik bagi Juruterapi Pergigian

1998,2003,2007,2010, 2016, 2022

77

 Sijil Pos Basik Ortodontik bagi Juruteknik Pergigian

2002, 2005, 2011,2015,2019

112

 Sijil Pos Basik Prostesis Maksilofasian bagi Juruteknik Pergigian

1998, 2000, 2011,2015,2021

81

 

Syarat-Syarat Umum Permohonan

Calon yang ingin memohon Kursus Pos Basik adalah tertakluk kepada syarat-syarat am dan khas yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Syarat-syarat Am:-

  1. Berumur tidak melebihi 48 tahun pada tarikh tutup tawaran.
  2. Berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun bagi calon kerajaan & Badan Berkanun dan dua (2) tahun bagi calon swasta pada tarikh tutup tawaran.
  3. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan.
  4. Purata marakah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) adalah 85% ke atas bagi tempoh tiga (3) tahun skim perkhidmatan terkini secara berturut-turut. Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan.
  5. Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah.
  6. Diperaku oleh Ketua Jabatan.
  7. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan (termasuk ujian Hepatitis B, Hepatitis C & HIV/AIDS dan U.P.T) selepas calon terpilih untuk mengikuti Kursus Lanjutan. Sekiranya keputusan pemeriksaan perubatan tidak lulus, tawaran adalah terbatal dengan sendiri.
  8. Calon kerajaan yang menarik diri dari mengikuti latihan setelah menandatangani kontrak dengan Kerajaan Malaysia adalah tidak layak memohon.
  9. Calon yang menolak tawaran kursus bagi sesi sebelum ini tanpa alasan yang munasabah adalah tidak layak memohon dalam tempoh dua (2) tahun terakhir.
  10. Calon yang telah mengikuti mana-mana tawaran Kursus Lanjutan dalam tempoh dua (2) tahun terakhir adalah tidak layak memohon.
  11. Calon wanita hamil tidak layak untuk memohon.

 

KURSUS

SYARAT-SYARAT KHUSUS PERMOHONAN

 Sijil Pos Basik Periodontik
  1. Berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun sebagai Juruterapi Pergigian.
  2. Keutamaan kepada calon yang sedang berkhidmat di klinik pakar dan akan ditempatkan di klinik pakar berkenaan selepas tamat latihan; dan
  3. Permohonan perlu disokong oleh Pakar Periodontik dan diluluskan oleh Timbalan Pengarah Negeri (Pergigian).
 Sijil Pos Basik Pergigian Pediatrik
  1. Berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun sebagai Juruterapi Pergigian.
  2. Keutamaan kepada calon yang sedang berkhidmat di klinik pakar dan akan ditempatkan di klinik pakar berkenaan selepas tamat latihan.
  3. Permohonan perlu disokong oleh Pakar Pergigian Pediatrik dan diluluskan oleh Timbalan Pengarah Negeri (Pergigian); dan
  4. Calon gred U29 hingga U32 sahaja yang layak memohon.
 Sijil Pos Basik Ortodontik Juruterapi Pergigian
  1. Berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun sebagai Juruterapi Pergigian.
  2. Keutamaan kepada calon yang sedang berkhidmat di klinik pakar dan akan ditempatkan di klinik pakar berkenaan selepas tamat latihan; dan
  3. Permohonan perlu disokong oleh Pakar Ortodontik dan diluluskan oleh Timbalan Pengarah Negeri (Pergigian).
 Sijil Pos Basik Prostesis Maksilofasial Juruteknologi Pergigian
  1. Berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun sebagai Juruteknologi Pergigian.
  2. Keutamaan kepada calon yang sedang berkhidmat di klinik pakar dan akan ditempatkan di klinik pakar berkenaan selepas tamat latihan; dan
  3. Permohonan perlu disokong oleh Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial, dan diluluskan oleh Timbalan Pengarah Negeri (Pergigian).
Sijil Pos Basik Ortodontik Juruteknologi Pergigian
  1. Berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun sebagai Juruteknologi Pergigian.
  2. Keutamaan kepada calon yang sedang berkhidmat di klinik pakar dan akan ditempatkan di klinik pakar berkenaan selepas tamat latihan; dan
  3. Permohonan perlu disokong oleh Pakar Ortodontik dan diluluskan oleh Timbalan Pengarah Negeri (Pergigian).

 

 KURIKULUM PENILAIAN BERTERUSAN  PENILAIAN AKHIR 
 KONVENSIONAL Peperiksaan bertulis
Penilaian Praktikal
Penulisan kerja projek
Peperiksaan-Teori
  • Peperiksaan Praktikal /OSPE
  • Viva
 OUTCOME BASED EDUCATION (OBE) Pembentangan
Ujian praktikal
Ulasan Preseptor Lokal
Kerja klinikal
Peperiksaan akhir teori
Penilaian praktikal

 

Senarai Kursus Pos Basik dari Tahun 1993-2022 
icon file

 

 

iii. Peperiksaan

a. Unit Penilaian Dan Kualiti

Unit Penilaian dan Kualiti merupakan satu unit yang mengendalikan Peperiksaan Akhir Semester bagi setiap program yang dilaksanakan.

Tiga program yang terlibat adalah :

  • Diploma Terapi Pergigian
  • Diploma Teknologi Pergigian
  • Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian

TATACARA UNTUK MUAT TURUN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

  • Pastikan Nama Penuh Diisi Seperti Di Dalam Kad Pengenalan.
  • No Kad Pengenalan Diisi Tanpa Sengkang (-).
  • Hanya Melibatkan Pelatih Pengambilan Julai 2021.

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

  • Keputusan Peperiksaan HANYA boleh diakses oleh para pelatih yang berdaftar.
  • Semua slip peperiksaan adalah secara e-slip.

WhatsApp Image 2023 08 18 at 090833

iv. Unit Hal Ehwal Pelatih

a. Tatakelakuan
  • Menjaga ketenteraman di dalam dan di luar institusi melalui pelaksanaan Peraturan-Peraturan Pelatih Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) 2016, BPL, KKM.

Hubungi Kami

No. 3, Jalan Sepoy Lines,
10450 George Town, Pulau Pinang

Tel: 04-229 9233 

  • Tarikh Akhir Kemaskini: 15 Julai 2024.

Jumlah Pengunjung: 48142

QR Code Web Mobile

qrcode ppkk

Penafian

Pihak institusi tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara (c) 2022-PPKK & ILKKM(P)