pengarah

Selamat Datang ke

Portal
Pusat Pergigian Kanak-kanak &
Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown 
(PPKK & ILKKM)

 

PPKK & ILKKM (Pergigian) merupakan satu-satunya Institusi Latihan kerajaan yang menawarkan kursus Separa Perubatan kepada Auksilari Pergigian di negara ini. 

Institusi ini telah melalui beberapa fasa kemajuan dalam melaksanakan fungsi dan peranannya selari dengan transformasi pendidikan, kemajuan sains & teknologi serta perkembangan  Perkhidmatan Kesihatan Pergigian di negara ini.

Penggunaan teknologi digital selari dengan prinsip Low Cost & High Impact merupakan kaedah informasi dan komunikasi yang mudah, murah serta boleh memberi impak yang tinggi. Hebahan maklumat terkini mengenai organisasi serta aktiviti yang dijalankan dapat diakses oleh pelbagai lapisan masyarakat. Kewujudan Laman Web PPKK & ILKKM (Pergigian) ini  perlu terus dimantapkan dan digunakan sebaik mungkin sebagai  platform informasi dan komunikasi yang berkesan kepada semua pihak yang berkepentingan.

Akhir kata, kekalkan kecemerlangan dan teruskan usaha menjayakan laman web ini.

Sekian, terima kasih.

Dr. Nor Haslina Binti Mohd Hashim

Pengarah

Pusat Pergigian Kanak-kanak & 
Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia 
(Pergigian) Georgetown 

Ke Atas
Pusat Pergigian Kanak - Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang