


Bengkel Flexible Denture
TARIKH : 17-18 Oktober 2023 (Selasa dan Rabu)
MASA: 08.00 am – 17.00 pm
TEMPAT : Makmal Besar PPKK & ILKKM (Pergigian) Georgetown
Kursus ini dilaksanakan untuk menambah pengetahuan dan meningkat kemahiran kerja peserta kursus. Dianjur secara “Hands on” bagi membolehkan peserta memahami dan mendapat pengalaman membuat flexible denture. Kursus ini diadakan selama dua hari meliputi teori, pelilinan, inves, injet, pemangkasan dan penyudahan.
Kursus ini melibatkan 21 orang peserta
- 7 Pengajar Teknologi Pergigian
- 5 Instruktor Klinikal Teknologi Pergigian,
- 6 Juruteknologi Pergigian Pulau Pinang
- 3 Juruteknologi Pergigian Kedah
Sekalung tahniah buat Instructor Klinikal PPKK & ILKKM yang menjadi Ahli Jawatan kuasa penganjur, En Mhd Zaki Awang Lah selaku ketua jawatan kuasa, En Abang Mahmud bin Abang Muhammad selaku Ketua Program Teknologi Pergigian.dan tidak dilupakan Puan Pengarah Dr Nor Haslina binti Mohd Hashim yang sentiasa menyokong setiap aktiviti meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran anggota PPKK & ILKKM supaya berdaya maju dan kompeten dengan teknologi semasa.
Gigi Palsu Fleksibel
Pendahuluan
Gigi palsu fleksibel ialah gigi palsu yang diperbuat daripada bahan yang melentur (flexible) iaitu sejenis bahan plastik yang dinamakan nylon. Ia adalah sejenis gigi palsu yang popular di dalam pembuatan gigi palsu separuh buat masa kini.
Kebaikan
Gigi palsu fleksibel lebih ringan, kuat dan tahan lama. Saiznya yang lebih nipis dan lebih melentur dari gigi palsu akrilik membuatkan ia lebih terasa semula jadi dan mudah diterima oleh pesakit. Warnanya yang seakan warna gusi membuatkannya serasi dengan warna tisu mulut dan tidak nampak ketara bahawa seseorang itu sedang memakai gigi palsu. Sumber http://www.myhealth.gov.my/gigi-palsu-fleksibel/.