SOROTAN DAN PERKEMBANGAN

1948

Kerajaan meluluskan Skim Jururawat Pergigian

1949

Kursus Jururawat Pergigian dimulakan dengan pengambilan 5 orang penuntut pertama (Mei)

1950

Lepasan pertama Jururawat Kesihatan Umum (Pergigian) seramai 5 orang (Julai)

1951

Pengambilan 2 orang penuntut pertama Mekanik Pergigian

1952

Kursus Kejururawatan Pergigian dijalankan selama 3 tahun 4 bulan

1953

Kumpulan pertama lepasan Mekanik Pergigian

1959

Jawatan Mekanik Pergigian ditukar menjadi Juruteknik Pergigian

1965

Pusat Pergigian Kanak- Kanak & Sekolah Latihan Pergigian Malaysia (PPKK & SLPM) berpindah dari Hospital Pulau Pinang ke No. 3, Jalan Sepoy Lines, Pulau Pinang

1972

Jururawat Pergigian dan Juruteknik Pergigian mula menjalani latihan selama 3 tahun

1975

Had umur pesakit yang dirawat oleh Jururawat Pergigian dipertingkatkan dari 12 tahun kepada 17 tahun dan permulaan rawatan tampalan gigi hadapan (anterior)

1982

Mula mengendalikan Kursus Pembantu Pembedahan Pergigian secara formal selama 2 tahun

1987

Pengambilan pertama calon Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) bagi Kursus Kejururawatan Pergigian

1988

Tiada pengambilan akibat kemelesetan ekonomi negara

1990

Pengambilan pertama calon KPSL bagi kursus Juruteknik Pergigian

1993

Pelaksanaan Sistem Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) bagi kursus Pembantu Pembedahan Pergigian, Kursus Pos Balik secara PJJ bagi Jururawat Pergigian dan Juruteknik Pergigian dan mula mengendalikan Kursus Induksi bagi pegawai kumpulan pengurusan dan profesional dan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia Kumpulan l. ll dan lll.

1996

Pengiktirafan taraf Diploma bagi Sijil Kejururawatan Pergigian dan Teknologi Pergigian Jawatan Juruteknik Pergigian ditukarkan kepada Juruteknologi Pergigian

1999

Sambutan Jubli Emas PPKK & SLPM dan graduan sulung menerima Diploma bagi Kursus Kejururawatan Pergigian dan Teknologi Pergigian

2002

PPKK & SLPM mendapat pengiktirafan persijilan MS 9002:1994

2003

Nama PPKK & SLPM ditukarkan kepada Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Koleh Latihan Pergigian Malaysia (PPKK & KLPM) dan bangunan tambahan 12 tingkat siap dibina dan mula digunakan

2004

Pelaksanaan Kurikulum Sistem Kredit Diploma Kejururawatan Pergigian dan Teknologi Pergigian serta latihan penggunaan hanpis berkelajuan tinggi kepada pelatih Jururawat Pergigian

2009

PPKK & KLPM dianugerahkan persijilan MS ISO 9001:2008

2018

Nama PPKK & KLPM ditukarkan kepada Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown (PPKK & ILKKM (Pergigian) Georgetown)

2019

PPKK & ILKKM (Pergigian) Georgetown dianugerahkan persijilan MS ISO 9001:2015

2020

Majlis Penyerahan Asrama Lelaki kepada Jabatan Kesihatan Negeri dan Penerimaan Aras 3, 4 & 5 Asrama Kejururawatan Pelatih utk PPKK & ILKKM (Pergigian) Georgetown pada 14 Oktober 2020

Hubungi Kami

No. 3, Jalan Sepoy Lines,
10450 George Town, Pulau Pinang

Tel: 04-229 9233 

  • Tarikh Akhir Kemaskini: 15 Julai 2024.

Jumlah Pengunjung: 48142

QR Code Web Mobile

qrcode ppkk

Penafian

Pihak institusi tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta Terpelihara (c) 2022-PPKK & ILKKM(P)